Dikecam kerana sering pakai mencolok mata, Emma Maembong tak ambil endah demi jaga kesihatan mental

encik gotenks
0

Jolokan seksi dan sensasi bukan perkara luar biasa dalam landskap kehidupan pelakon kacukan Melayu-Scotland, Emma Maembong, 30.

Namun, imej seeksi Emma atau sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail dilihat semakin menjadi-jadi sejak berkahwin dan bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia setahun enam bulan.

Tidak keterlaluan dikatakan penampilan pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa dan Cembuuru Seorang Perempuan itu kian daring dan berani, sejak akhir-akhir ini.

Bagi Emma, dia lebih selesa menjadi diri sendiri, malah, apa yang dilakukan untuk menghargai dirinya

"Sebenarnya, saya pakai apa yang saya rasakan selesa. Jika diikutkan, cara saya berpakaian sama sejak remaja lagi.

"Takkan bila berkahwin dan memiliki anak, saya kena berubah. Bagi saya, anak adalah rezeki dan biarlah saya menjadi diri sendiri.

"Ada netizen beranggapan saya berpakaian seperti budak-budak, tetapi itulah cara saya menghargai hidup. Selagi selesa, saya pakai. Seperti bercuti di pulau, saya pakai pakaian yang sesuai.

"Jika ada yang tidak suka melihat cara saya berpakaian, tidak mengapa. Saya sentiasa positif dengan apa yang dilakukan," katanya kepada BH Online.

Wanita kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu berkata, dia hanya mengharapkan doa yang baik-baik agar dibukakan pintu hati untuk berubah ke arah kebaikan.

"Bohonglah, saya tidak mahu berubah, suatu masa nanti. Siapa tahu saya kembali berhijab dengan doa yang baik-baik.

"Sebagai wanita, saya akan berhijab juga pada penghujungnya. Berubah sudah pasti, tetapi janganlah kaitkan dengan anak saya," katanya.

Emma percaya, memakai apa yang dirasakan selesa seperti menghargai diri sendiri.

"Tidak bermakna sudah memiliki anak, saya perlu ketepikan apa yang disukai.

"Namun, dalam soal apa sekalipun, saya tetap menjaga batasan sebagai isteri dan ibu.

"Tidaklah saya memakai bikini. Saya masih tahu batasannya, cuma sekarang biarlah saya menghargai diri dengan memakai apa yang saya nak," katanya.

Mei lalu, penampilan Emma dengan baju tiada lengan ketat, berseluar merah dan tampil menggubah gaya rambut mengundang kecaman netizen.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen menegur penampilan Emma yang dilihat semakin seeksi dan membandingkan dengan penampilannya berhijab, sebelum ini.

Namun, kata Emma, apa sahaja kritikan netizen tidak lagi memberi impak seperti dahulu.

Katanya, dia lebih tenang dan mengambil sikap tidak endah bagi menjaga kesihatan mental. Tindakannya itu juga secara langsung memberikan persekitaran positif buat anaknya.

"Zaman bergaaduh dan berpeerang dengan netizen sudah berakhir. Sekarang saya sudah capai impian iaitu memiliki anak.

"Jika dahulu mungkin sebab berdarah muda saya balas kecaman semula.

"Saya rasa nak betulkan apa yang netizen cakap. Namun, situasi sekarang amat berbeza.

"Saya sudah berusia 30 tahun, memiliki suami dan anak. Inilah perkara yang saya impikan sejak dahulu. Jadi, saya perlu memberi perkara terbaik untuk menjaga rumah tangga," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)