Bukan salah pun kalau kita menyayangi haiwan, susah nak tutup mulut orang, kata Baby Shima

encik gotenks
0

Penyanyi, Baby Shima mengakui sukar untuknya menutup mulut netizen yang gemar menjatuhkan hukuman kepadanya hanya berdasarkan beberapa hantaran di media sosialnya.

Shima ketika dihubungi berkata, setiap perkara yang dilakukannya sentiasa disalah anggap oleh netizen sekali gus menimbulkan kontroversi.

"Apa yang saya buat, semuanya tak kena. Saya dah tak tahu nak cakap apa dah.

"Susah nak tutup mulut orang. Kadang-kadang, orang yang buatkannya jadi kontroversi sedangkan saya, biasa sahaja," katanya kepada Harian Metro.

Antara tindakan yang menuai kontroversi baru-baru ini adalah, tindakannya memberi makan kepada anjing dan monyet.

"Bagi anjing makan pun orang kecam sampai ada yang berkata, 'nerakalah tempat engkau!' kepada saya. Bagi makan monyet pun, salah juga.

"Bukankah anjing itu pun lapar juga dan kita patut bagi makanan kepada haiwan. Haiwan pun kelaparan.

"Bukan salah pun kalau kita menyayangi haiwan," katanya.

Dalam hantaran terbaharunya di TikTok, Shima yang kini berada di Manila, Filipina memuat naik videonya menari di sebelah anjing polis.

"Itu anjing K9 polis Manila. Jinak. Bukan saya pegang pun, tapi kalau pegang sekalipun, kita masih boleh sentuh. Jika tak basah pun tak ada masalah.

"Terpulang kepada pandangan masing-masing. Saya tahu apa saya buat," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : MalaysiaKini

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)