Bahana guna duit 'percuma' settlekan hutang rumah, suami isteri ditahan

encik gotenks
0

Tindakan sepasang suami isteri membelanjakan hampir kesemua duit RM208,329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka memakan diri apabila didakwa dengan 60 pertuduhan salah guna wang semalam.

Pemandu lori, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, membuat pengakuan sebaliknya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth di sini, Foon Char Peng.

Mereka didakwa secara bersama melakukan salah guna wang berjumlah lebih RM191,312.70 milik Mandy Corporation Sdn. Bhd. pada Julai dan Ogos tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020 bagi kesemua 60 pertuduhan.

Pasangan yang mempunyai seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Sesyen 403 Kanun Kesekksaan iaitu menyalahgunakan harta secara curang yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahu, sebatan dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah RM360,000 bagi kedua-duanya.

Pasangan itu dihantar ke Penjara Reman Pulau Pinang di George Town selepas gagal membayar jaminan.

Kes disebut semula pada 2 Februari depan.

Mengikut fakta kes, wang tersebut telah didepositkan pada 2 Julai 2020 oleh satu cawangan bank tempatan melalui cek kepada akaun Siti Hajar kerana kesilapan pada salah satu digit nombor akaun.

Wang itu sepatutnya didepositkan ke dalam satu akaun sebuah syarikat.

Difahamkan, wang itu digunakan untuk menyelesaikan hutang rumah teres setingkat milik mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan, manakala bakinya dibelanjakan bagi perkara lain.

Pihak bank hanya mengetahui wang itu tersalah masuk ke dalam akaun tertuduh pada 11 Ogos 2020 lalu menghubungi mereka, namun tidak mendapat kerjasama sebelum membuat laporan polis.

Rumah berkenaan kini disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)