Ular gigit kaki isteri, suami bawa ular ke hospital

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN

Seorang lelaki bertindak di luar kebiasaan apabila membawa ular yang menggigit isterinya ke hospital bersama-sama mereka dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor laman Gulf News.

Kejadian berlaku di di Afzal Nagar, negeri Telangana, India apabila seekor ular menggigit kaki isteri seorang penduduk kampung bernama Ramendra Yadav.

Jika kebiasaannya ular akan dipukul sehingga mati atau dihalau keluar, Ramendra bertindak menangkap ular tersebut dan memasukkannya ke dalam botol.

Dia kemudian membawa isteri dan ular ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Doktor bertanya tujuan Ramendra membawa ular tersebut bersamanya ke hospital.

“Ini sebagai persediaan sekiranya doktor bertanya ular jenis apa yang menggigit isteri saya. Saya boleh terus tunjukkan kepada mereka.

“Saya akan lepaskan ular ini kembali ke hutan selepas isteri saya dibenarkan keluar hospital,” kata Ramendra. – Agensi

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)