Jika ada yang mempermainkan..., ia seolah-oleh mereka sedang main-mainkan kewujudan 'Ain' lah, kata Neelofa

encik gotenks
0

Seperti yang kita sedia maklum, pasangan paling popular di tanah air iaitu Neelofa dan PU Riz sudah bergelar ayah dan ibu selepas putera kesayangan mereka iaitu Bilal dilahirkan pada tahun ini.

Seperti kebanyakan public figure lain, kehadiran cahaya mata mereka ini semestinya menjadi satu tarikan kepada peminat untuk melihatnya. Namun pasangan ini masih memilih untuk tidak berkongsikan wajah anak sulungnya itu di media sosial.

Neelofa mengakui dia akan berkongsi wajah sulung, Mohammad Bilal kepada umum apabila tiba masa sesuai meski ada segelintir netizen yang menjadikan isu ‘ain sebagai bahan gurauan di media sosial.

Menurut Neelofa, 33, dia sebolehnya mahukan yang terbaik buat permata sulung hasil perkongsian hidup dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu.

Sebelum ini, Neelofa mengakui berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).

“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain lah. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

“Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi ain mungkin boleh melangkaui takdir.

“Saya buat ini (belum kongsi wajah anak) walau orang kecam mana mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.

“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” katanya.

Meski ada yang mengencam, pendirian tersebut bagaimanapun turut mendapat reaksi baik ramai pihak, termasuk rakan selebriti.

“Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.

“Jadi ia untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” katanya

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : media hiburan

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)