Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya 3 Kali…, Kata Ifa Raziah

encik gotenks
0

Kategori : viral

Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya 3 Kali Ke Tanah Suci, Kata Ifa Raziah

Editor : KEKASIH GELAPMU

Baru-baru ini viral di laman sosial satu video yang memaparkan selebriti yang kini bergelar usahawan berjaya, Ifa Raziah yang ‘mengupas’ isu menutup aurat dan makanan halal.

Video yang dikongsikan di laman TikTok itu menyatakan dia sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Makkah biarpun belum menutup aurat dengan sempurna.

Tegas pemilik nama Saripah Raziah Mustapha, dengan menutup aurat bukan bermakna sudah patuh dengan suruhan Allah SWT.

Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.

Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.

Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat.

Ifa juga turut menekankan restoran makanan Cina yang dikunjunginya di Butterworth, Pulau Pinang, mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

Pengacara terkenal ini dilihat naik angin apabila ada netizen yang sangsi sehinggakan mendakwa dia makan dagiing babi.

Ini kedai Cina tapi banyak orang Melayu makan dekat sini. Mestilah halal, tak akan tak halal. Saya orang Islam kot.. tak akan nak makan yang jadi daarah dagiing. Depa (netizen) ini tak puas hati, cakap saya makan babi. Kedai ini memang halal.

Saya memang suka makanan Cina tapi cari yang halal la. Banyak restoran Cina yang halal.

Seperti yang dijangka, isu yang dikupas oleh Ifa Raziah ini semestinya akan menarik ramai perhatian netizen. Rata-rata netizen terkejut dengan kupasan yang dilontarkan Ifa Raziah.

Sumber Artikel : OhBuIan

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)