Penganjuran rumah terbuka didakwa jadi punca bekalan ayam kurang, kata peniaga ayam

encik gotenks
0

Kategori : viral

Penganjuran rumah terbuka didakwa jadi punca bekalan ayam kurang, kata peniaga ayam

Editor : KEKASIH GELAPMU

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan semata-mata.harap maklum

Bukan sahaja kekurangan bekalan daripada ladang malah penganjuran rumah terbuka didakwa antara faktor bekalan ayam di pasaran berkurangan.

Tinjauan dilakukan di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bachang, mendapati masih terdapat bekalan ayam dijual dan pembeli tidak pulang dengan tangan kosong.

Namun situasi berlainan di beberapa pasar raya di bandaraya ini apabila hanya membenarkan setiap pelanggan membeli tiga ekor ayam sahaja.

Bagi peniaga ayam, Amin Maarop, 56, berkata, kekurangan bekalan ayam sudah dikesan berlaku sebelum sambutan Aidilfitri lalu namun tidak menjangka berterusan sehingga hari ini.

Katanya, semalam kebanyakan peniaga terpaksa menamatkan operasi perniagaan lebih awal apabila bekalan ayam habis terjual dalam tempoh yang singkat.

"Seminggu sebelum raya sebenarnya sudah kurang dan kini kekurangan itu dijangka hampir 50 peratus, jumlah yang kita dapat dari pembekal. Ia membimbangkan.

"Semalam habis awal, mungkin juga disebabkan ramai yang mengadakan rumah terbuka. Jika pelanggan mahukan dalam bilangan sedikit kita jual kerana apabila berlaku begini kita akan utamakan pelanggan tetap seperti peniaga," katanya ketika ditemui.

Dia yang sudah 35 tahun berniaga berkata, apabila berlaku seperti ini semua pihak yang terbabit termasuk kerajaan dan peladang perlu mengambil pendekatan sekiranya betul berlaku kenaikan harga dedak.

Bagi seorang lelaki peniaga Hamzah Osman berkata, apabila berlaku kekurangan bekalan ayam, dia mengambil pendekatan 'mencatu' bagi memastikan semua pelanggannya memperoleh tempahan ayam termasuk pembeli.

"Sekarang ini anggaran antara kira-kira 50 peratus berkurangan jadi peniaga ayam kena pandailah bagi pastikan semua dapat bekalan kalau tidak kesian pembeli dan peniaga makanan.

"Kita tidak mahu sampai tidak dapat penuhi permintaan pelanggan. Katakan mereka mahukan dalam kuantiti banyak jadi kita minta kurangkan," katanya.

Menurutnya, semalam dia hanya berniaga tidak sampai empat jam apabila bekalan ayam terjual habis kerana permintaan yang tinggi mungkin disebabkan ramai mengadakan rumah terbuka pada hujung minggu.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)