
Seperti yang ramai sedia maklum, baru-baru Ustaz terkenal berstatus selebriti iaitu Dato Ustaz Kazim ada meluahkan keadaan dia yang kini menderita apabila terkena penyakiit misteri.
Ada yang ingatkan ianya hanya sekadar gimik untuk nak mempromosikan produk/filem namun ianya bukan cubaan tetapi benar-benar terjadi apabila Ustaz Kazim sendiri telah mengesahkan yang dia memang terkena penyakit misteri tersebut dan sehingga kini masih belum jumpa dengan penawar/ubatnya.

Baru-baru ini program hiburan Meletop ada menjemput Ustaz Kazim Elias. Kehadiran Ustaz selebriti ini telah disambut baik oleh Hos Nabil Ahmad dan juga Elly Mazlein.
Kedua-dua pengacara ini telah melahirkan rasa prihatin dengan musibah yang menimpa Ustaz kesayangan ramai ini.
Namun menerusi video yang viral baru-baru ini, selain dari kehadiran Ustaz Kazim penampilan Kak Lina yang memakai busana berwarna merah turut menjadi perbualan netizen. Menurut netizen, tindakan Kak Lina menutup bahagian dadanya dianggap sangat sopan tatkala menemubual Ustaz Kazim.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Kak Lina yang peka dengan situasi semasa dan menghormati Ustaz Kazim.
Dalam masa yang sama juga, ramai netizen mendoakan agar Kak Lina tampil dengan memakai tudung sesuai dengan imej dan tuntutan agama Islam yang mewajibkan penganutnya agar menutup aurat.
Sumber Artikel : Tiktok @mamalovefarr3