Gadis cantik terkejut terima lebih 2000 permohonan jadi 'imam', ramai isteri buat overtime check komen suami risau ada yang nak cuba nasib

encik gotenks
0

Kategori : viral

Gadis cantik terkejut terima lebih 2000 permohonan jadi 'imam', ramai isteri buat overtime check komen suami risau ada yang nak cuba nasib

Editor : KEKASIH GELAPMU

Baru-baru ini seorang gadis yang dikenali sebagai Faye ada memuat naik satu perkongsian di laman sosial memaparkan sahabatnya yang ingin menamatkan zaman bujangnya.

Rakannya yang dikenali sebagai Syafiqah Ghazali sudah bersedia untuk menjadi isteri dan tidak kisah untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Assalamualaikum! My bestie is looking for someone yang serious (ready to settle down). If Allah izinkan, by this year. But if next year pun okay (that’s what she said). If berminat boleh isi form ni.

Dalam perkongsian itu turut disertakan ‘link’ borang buat mereka yang berminat untuk mencuba nasib sebagai bakal suami rakannya itu.

Perkongsian itu akhirnya menjadi viral apabila banyak page-page facebook yang turut berkongsikan niat suci murni wanita itu.

Menurut empunya badan, dia sendiri tidak sangka ianya menjadi viral dan yang paling mengejutkan dalam tempoh sehari dia telah menerima lebih 2000 permohonan dari kaum adam yang menunjukkan minat untuk menjadi suami kepada wanita cantik itu.

Apa yang menjadi perhatian, ramai para isteri yang meninggalkan komen bimbang jika para suami mereka kononnya mahu mencuba nasib.

Tidak kurang juga, ramai yang terkedu melihat profile gadis itu yang sudah pun mengembara ke 20 negara dan pandai berbasaha Perancis.

Difahamkan, tuan badan iaitu Syafiqah mengesahkan dia sememangnya sedang mencari jodoh.

Dalam pada itu, gadis itu berkata dia terpaksa menutup permohonan berkenaan dan tidak sangka perkongsian rakannya itu akan tular.

Sumber Artikel : Gulapop

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)