Belum reda isu cerai talak 3 isteri kedua, Amar Asyraff kahwin janda anak dua pula kali ini?

encik gotenks
0

Kategori : viral

Belum reda isu cerai talak 3 isteri kedua, Amar Asyraff kahwin janda anak dua pula kali ini?

Editor : KEKASIH GELAPMU

Belum reda berita pengesahan lafaz cerai talak tiga membabitkan isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis lalu, terbaharu aktor itu dikatakan berkahwin kali ketiga dengan wanita dikenali Farhana Yusof.

Menerusi tinjauan ke Instagram dipercayai milik ibu Amar terdapat sekeping foto mesra yang dimuat naik pada 19 Mac lalu memperlihatkan pelakon itu dengan wanita yang didakwa sudah memiliki dua cahaya mata selain keduanya mengenakan busana berwarna putih.

Lebih menguatkan spekulasi itu lagi, tinjauan ke akaun Instagram yang dikatakan milik salah seorang adik-beradik Farhana terdapat foto keluarga ketika mereka menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi foto yang dimuat naik itu, Amar kelihatan berada di sebelah Farhana manakala dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Arna Salleh iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian turut berada dalam foto itu.

Melihat ke akaun Instagram Amar, aktor berusia 36 tahun itu juga dilihat mengikuti akaun peribadi Farhana selain mereka juga dikatakan sedang menjalankan sebuah perniagaan bersama.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Amar untuk mendapatkan pengesahan dan kesahihan berita perkahwinannya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas pesanan WhatsApp.

Khamis lalu Harian Metro melaporkan pengesahan lafaz cerai talak tiga yang dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap Vivy menemui titik noktah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)