Netizen kecam jual harga Tel Aviv, Chef Ammar jelaskan kenapa masakannya dijual mahal

encik gotenks
0

 


Bila tiba bulan ramadan pastinya ada pelbagai menu yang hilang tiba-tiba muncul kembali, dan salah satu darinya yang menjadi iagauan orang ramai adalah nasi arab lamb shank dari Chef Ammar.


Jika anda sedia maklum, sebelum-sebelum ini jualan dari Chef terkenal ini sangat viral dan orang ramai sanggup beratur seawal pukul 4 petang semata-mata tidak mahu ketinggalan menikmati juadah istimewa ini. Ianya adalah nasi arab original hasil air tangan Chef Ammar.


Namun disebalik kemasyuran masakan itu, ada cakap-cakap belakang yang tidak sedap didengar mengatakan Chef Ammar menjual hasil masakannya dengan harga yang tidak masuk akal.


Tidak ingin keadaan menjadi semakin berlarutan, Chef Ammar tampil menerusi tiktok live memberikan penjelasan kenapa hasil air tangannya mungkin dijual mahal dari peniaga lain.


Menerusi live tersebut, Chef Ammar menegaskan setiap bahan yang digunakan dari a-z adalah dari bahan yang berkualiti tinggi dan bukannya gred C.


Selain itu, saiz Lamb Shank juga adalah yang besar kerana bagi Chef Ammar kepuasan pembeli adalah keutamaannya. Jadi dia bukan hanya main tangkap muat membeli lamb shank kecuali yang lulus dari penilaian beliau sahaja.


Perkara yang ramai ambil remeh namun ianya adalah perkara mustahak bagi Chef Ammar, kebersihan dan keikhlasan juga menjadi kemestian beliau setiap kali menyediakan masakan.


Dalam video tersebut, Chef Ammar juga tanpa segan silu menunjukkan lokasi beliau memasak dan ianya berbeza dengan segelintir kedai yang tidak mementingkan aspek tersebut.


“Kamu ingat kita dapat semua bahan ini secara percuma? Ini minyak sapi berkualiti. Ayam pula kita letak dalam bekas stainless steel, bukan letak atas lantai. Ini semua ada proses. Bukan marah tapi saya nak bagi clear,” kata Chef Ammar.

Menjenguk di ruangan komen, ramai netizen yang setuju dan sependapat dengan Chef Ammar, ramai juga yang hanya tahu mengecam tetapi tidak pernah merasai sendiri keunikan masakan hasil air tangan Chef Ammar.


Ada juga yang menempelak sikap sesetengah netizen yang mahukan barang berkualiti premium tetapi harga tepi jalan.


Walaupun dikecam namun hasil air tangan Chef Ammar tetap menjadi pilihan netizen, buktinya setiap hari ramai yang beratur dan sanggup tunggu berjam-jam demi mendapatkan juadah yang lazat dan istimewa ini.


Kredit : Tiktok momomqms

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)