'Cikgu gojes' dikecam netizen selepas buat temubual dengan pelajar susah, ini sebabnya...

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini viral di media sosial sebuah video menunjukkan seorang guru bertanyakan soalan kepada pelajarnya kerana sering tidak memakai baju sukan.


Menerusi laporan yang dimuat naik beautifulnara, guru wanita berkenaan juga didengari bertanya tentang pekerjaan ibu bapa sebelum memberitahu dia akan membelikan pakaian sukan buat pelajar lelaki terbabit.


Difahamkan, guru tersebut membuat video itu selepas tertanya-tanya mengapa pelajarnya tidak pernah pakai baju sukan setiap kali subjek PJK, sejak 2 bulan dia mengajar.


Video tersebhut bagaimanapun telah dimuat naik kembali oleh seorang pengguna twitter dan video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen.


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian itu telah mendapat lebih 585 ribu tontonan, 11.6k retweet dan mendapat lebih 16.6k tanda suka.

seorang netizen mempersoalkan tentang etika guru terbabit kerana tidak menjaga privasi pelajar berkenaan.


Cikgu tahu kan tak boleh rakam? Tahu nak viral nak tolong, tapi budak tu tak perlu diletakkan dalam situasi ini.”




Menjenguk diruangan komen rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan guru wanita itu dan mendakwa ianya adalah tidak profesional dan demi mendapatkan likes dia sanggup memuat naik content sebegitu dengan menyebarkan wajah pelajarnya.


Namun ada juga segelintir netizen yang merasakan video itu tidak keterlaluan dan tidak perlu ambil kecoh, tetapi sepatutnya kita perlu menerima dengan fikiran yang lapang dan positif.


Sumber : Twitter


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)