Kereta harga sejuta pun saya boleh beli, kata Iqbal Zulkefli

encik gotenks
0

 


Gara-gara dipertikai bergambar dengan sebuah kereta Perodua Axia, Ahmad Iqbal Zulkefli telah memberi respon ‘sentap’ buat para netizen yang memerlinya di dalam gambar itu semalam.


Menerusi perkongsian Ahmad Iqbal di dalam laman sosial Instagram, pemuda berusia 27 tahun itu menjelaskan setiap hari dia mendengar orang memerlinya beli harga jam lebih setengah juta ringgit, tetapi hanya pakai kereta biasa-biasa sahaja.



“Setiap hari saya dengar orang cakap beli jam setengah juta, takkan pakai Honda Civic sahaja? Untuk pengetahuan anda semua, saya bukan peminat kereta sebab saya tak suka kereta ‘sport’ yang berbunyi bising,” katanya semalam.


Kata Ahmad Iqbal, dia lebih meminati jenis kereta berjenama yang lain seperti Bentley, Rolls Royce atau Cadillac dan pemuda itu menegaskan, jika ada sebuah kereta berharga satu juta ringgit, dia boleh mendapatkannya minggu hadapan.



“Kereta yang saya minat adalah Bentley, Rolls Royce, Cadillac. Kesemua ini harga RM3 juta ke atas, jika saya beli kereta ini, saya akan habis RM6 juta. Tetapi untuk kereta nilai RM1 juta, jika saya mahu minggu depan boleh beli terus jika mahu,” ujarnya.


Terdahulu Kosmo! pernah melaporkan pemuda tersebut menawarkan RM500,000 bagi individu-individu yang boleh buat lagu beserta muzik video buatnya 


Sumber : – K! ONLINE.

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)