Header Ads

Penternak mengeluh lambakan udang harimau dan patin sangkar

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyifatkan isu lambakan udang harimau di Melaka dan ikan patin sangkar di Pahang yang tidak dapat dipasarkan berpunca daripada penurunan permintaan di peringkat pengguna akhir.


Unit Komunikasi Korporat LKIM dalam satu kenyataan turut mengumumkan langkah bagi menangani isu berkenaan.


Bagi menangani isu membabitkan udang harimau, LKIM menawarkan langkah jangka pendek bagi membantu memasarkannya antaranya dengan mengadakan rundingan dengan kilang memproses udang di Johor Bahru.



“A and O Food Industry bersetuju untuk membeli sebanyak dua tan udang bagi setiap satu kali pengambilan secara berperingkat.


Udang ini akan disejuk beku untuk pasaran luar negeri di samping udang segar akan dihantar ke Singapura.


“Langkah kedua ialah mencari ruang pasaran tempatan di Selangor dan Terengganu yang mana ia telah dilakukan dan mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pembeli,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.



Langkah jangka pendek yang ketiga, menurut LKIM adalah pemasaran secara terus melalui platform sedia ada seperti kerjasama yang dijalankan bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) bagi pasaran dalam talian, cash on delivery (COD) dan peniaga runcit individu.


Menurut LKIM, langkah diambil ini dijangka dapat membantu mengatasi kerugian serta memberi kelegaan kepada penternak udang harimau di Melaka dan ikan patin sangkar di Pahang.

Sumber : SINAR HARIAN

No comments:

Powered by Blogger.