Header Ads

‘Tolong kembalikan meja saya’ - Apa Nak Jadi Dengan Orang Kita? Meja Letak Barang ‘Food Bank’ Pun Kena Kebas

 


SELAIN daripada kempen bendera putih banyak pihak khususnya surau, masjid dan badan bukan kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial ‘food bank’ menyediakan bekalan makanan buat golongan terjejas.


Namun begitu, disebalik bantuan yang disediakan terdapat sesetengah individu cuba mengambil kesempatan.


Sebelum ini heboh di media sosial golongan tanpa segan silu mengambil semua barangan yang disusun di rak food bank sehingga mengundang kecaman ramai.


Tapi, kali lebih mengejutkan meja yang digunakan untuk meletakkan barang sumbangan turut lesap dilarikan mereka tidak bertanggungjawab.



Menerusi satu gambar yang tular di laman sosial Facebook, kelihatan beberapa barangan bantuan seperti tepung dan bihun berada di atas lantai selepas meja digunakan hilang dipercayai dikebas.


Elaun RM100 beli barang asas, selama 3 bulan. Semak kelayakan segera


Pada masa sama, kelihatan penganjur food bank meninggalkan satu nota berbunyi ‘Tolong kembalikan meja saya’.


Menjengah ke laman media sosial, orang ramai mengecam tindakan individu yang bertindak sedemikian.


“Aduhai… pulanglah semula meja orang tu…”



“Orang suruh ambil barang sahaja yang awak rembat sampai meja pun hilang apa ke hal? Meja pun satu keperluan ke sekarang?”


Baca juga Sedang kuarantin di rumah kerana positif atau jadi kontak rapat? Ini tip pemakanan khusus yang dicadangkan


“Macam ini pun ada ya? Dah disediakan barang keperluan tapi meja diambilnya.”


“Mungkin orang sudah serik untuk memberikan bantuan food bank ini kerana ramai yang ambil kesempatan bukannya betul-betul terdesak.”


Sumber : Sinar Plus

No comments:

Powered by Blogger.