Header Ads

Suhaimi Saad didakwa perlekeh kematian bapa, keluarga ini mahu ambil tindakan undang-undang?

 


Seorang pengguna FB yang dikenali sebagai Nur Farina Abdullah telah memuat naik satu hantaran di facebook miliknya menyatakan rasa kesal dan kecewa apabila bapa angkatnya yang meninggal dunia kelmarin ‘disambut baik’ oleh seorang penyanyi nasyid dipercayai Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai Mosus.


Wanita itu telah mengongsikan satu printscreen hantaran bekas anggota nasyid terkenal itu yang dikatakan berstukur selepas pemergian arwah bapa angkat wanita tersebut iaitu Zulkefli Nordin.


Allahuakhbar. Air mata kami anak² dan ibu bukan mengalir kerana Allah ambil abah tapi sedih, kecewa dan geram dengan macam² cerita dan fitnah yang sudah dilemparkan pada arwah abah kami.

“Kami simpan segala bukti dan tunggu kami bertenang untuk berfikir secara waras,” tulis Nur Farina.

Suhaimi Saad dikatakan telah memberikan satu reaksi terhadap sebuah hantaran Allahyarham Zulkefli yang bercerita mengenai kesan sampingan seperti bertambah selera makan selepas disuntik vaksin AstraZeneca pada 13 Jun lalu.


“Dia dah matl. Alhamdulillah. Allah bayar cash. Kalau Allah bayar cara hutang, lagi berat,” tulis Mosus.

Seorang lagi wanita dipercayai anak arwah, Ain T-ant turut menegur tindakan penyanyi berusia 41 tahun itu yang seolah-olah tidak menghormati kematian seseorang.


Assalamualaikum Mosus…


Menurut Ain T-ant, dakwaan bapanya yang meninggal dunia akibat vaksin adalah tidak berasas dan meminta penyanyi itu tidak menyebarkan fahaman tertentu secara ‘membuta tuli’.


“Masih basah lg kubur abah kami.. Takde ke simpati pd kami sekeluarga wahai saudara Islam ku..? Saya cuba menahan emosi dari post.. Tapi maaf saya gagal..Saya percaya abah saya tiada hutang dengan kamu apa lg kenal dgn kamu..

“Kami kenal dia..Kami tau baik buruk dia..Siapa kita nak menghukum..Tuduhan dia meninggal sbb vaksin ni amat berat..Tlg jgn libatkan abah kami dgn sebaran fahaman tuan..Cukupla apa yg tjadi pada kami,” kata Ain T-ant.

Selain itu, terdapat juga kenyataan tular di Twitter @amaaawesome iaitu seorang lagi anak Allahyarham Zulkefli yang mengatakan keluarga mereka sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan selanjutnya.



Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan punca sebenar arwah bapa mereka meninggal dunia. Menurut Nur Farina, arwah dijemput Ilahi akibat C0vid-19. Namun pada masa yang sama, mereka dilihat dapat menguruskan jeenazah di rumah.



Mungkin berlaku sedikit kekeliruan, sekali gus menyebabkan golongan anti-vaksin mengambil kesempatan untuk menyebarkan fahaman mereka! Harap ada penjelasan lebih lanjut daripada kedua-dua pihak.



Sumber: Facebook Nur Farina Abdullah dan Ain T-ant , Twitter @amaaawesome

Artikel dipetik dari ohmymedia

No comments:

Powered by Blogger.