Header Ads

Selepas dikecam netizen kononnya tak peka, Datuk Seri Vida Dedah Dah Beberapa Kali Beri Bantuan Sepanjang PKP

 


Baru-baru ini jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV dikecam ramai netizen dek kerana elantangan bersuara tentang kempen #BenderaPutih namun dia berharap lembih ramai lagi turut menghulurkan bantuan kepada yang berada dalam kesusahan.


Tidak mahu netizen terus mengecamnya tanpa fakta, Datuk Seri Vida (DSV) memaklumkan beliau sudah beberapa kali menghantar bantuan kepada yang memerukan di sekitar Ipoh, Perak.

“Alhamdulillah trip harini untuk yang betul-betul memerlukan di sekitar kawasan Ipoh, Perak.

“Saya pun dah lupa ini trip ke berapa dah sebelum ni saya hanya hantar team saya sahaja. Rezeki dari Allah kepada saya, saya agih agihkan. Insyaa-Allah.

“Kepada sesiapa yang mengutuk atau menghina saya . Yang kononnya berlumba lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghentam tu harap anda pun sama sama membantu okay,” katanya.


Beliau juga memuat naik rakaman video ketika berkunjung salah seorang yang memerlukan bantuan apabila hanya tinggal di pondok kecil di kawasan kandang kambing dan reban ayam.

“Sedarkah kita di saat kita mengeluh tentang kehidupan kita yang kita ada sekarang ini, lebih ramai yang menghadapi kesukaran yang jauh lebih berat daripada apa yang kita hadapi sekarang ini.

“Tengok Abang Man , Kerja gaji RM10 sehari. Tak bergerak tak makan katanya. Ambil upah jaga ayam ,ikan , kambing. ini yang saya kata usaha!” tulisnya.

Terdahulu, DSV dikecam teruk selepas mempersoalkan sampai bila golongan susah perlu dibantu hanya mengibarkan #BenderaPutih tanpa berusaha mencari pendapatan sendiri



Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen menyokong DSV dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.Dato xpayah dgr ckp org ..yg penting Dato ikhlas...selebihnya biar Allah menilai...bukan manusia..




Sumber : Ig DSV

No comments:

Powered by Blogger.