Header Ads

Ramai dikesan mula balik ke Kelantan hari ini

 


Polis mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli hari ini.


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan peratusan kemasukan kenderaan di SJR itu dikesam berlaku bermula pagi tadi sehingga pukul 12 tengah hari.


Katanya, bagaimanapun, dua SJR di Pasir Puteh yang menjadi pintu masuk dari Terengganu dan Gua Musang untuk perantau dari ibu negara dilihat tiada berlaku peningkatan kemasukan kenderaan setakat ini.



“Berdasarkan pemerhatian, jumlah kenderaan di sekitar kawasan Kota Bharu juga meningkat sebanyak 15 peratus pada hari ini berbanding sebelumnya.


“Peningkatan kenderaan di Kota Bharu juga berkemungkinan orang ramai keluar untuk membeli barangan keperluan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Menurut Abdullah, pemerhatian polis turut mendapati, peningkatan kenderaan yang berada di atas jalan raya di daerah Tumpat dan Machang juga meningkat lima peratus pada hari ini.



Sehubungan itu, Abdullah turut menasihatkan perantau yang pulang ke Kelantan agar menyediakan dokumen yang lengkap dengan alasan kukuh supaya tidak menimbulkan masalah ketika mereka tiba di SJR untuk ke negeri ini.


“Bagaimanapun, kita tidak menggalakkan perantau mengambil peluang merentas negeri untuk pulang ketika ini.


“Seeloknya, semua perantau tidak pulang ke kampung halaman bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan C0vid-19,” katanya. 


Sumber – K! ONLINE.

No comments:

Powered by Blogger.