Header Ads

Operasi tebang pokok musang king berjalan lancar dengan kehadiran PGA

 


Kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sejak semalam jelas memberikan kesan besar apabila operasi memusnahkan durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam di sini berjalan dengan lancar.


Difahamkan seramai 30 anggota PGA mula sampai semalam sebelum sebanyak 30 anggota lagi tiba hari ini bagi mengawal dan menjaga keselamatan petugas dalam operasi yang bermula 3 Julai dan dijangka berakhir 2 Ogos depan.


Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata, kelancaran operasi dan tambahan lebih 30 kakitangan Jabatan Perhutanan dalam operasi musnah berkenaan diharap dapat menyelesaikan operasi itu lebih cepat berbanding tempoh sebulan ditetapkan.




“Semua petugas lebih bersemangat selepas kehadiran PGA dan saya berharap operasi dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak dan provokasi pihak tidak bertanggungjawab tidak berulang lagi.


“Hari ini kita menambah lebih 30 kakitangan JPNP menjadikan keseluruhan kira-kira 65 kakitangan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang,”katanya, di sini hari ini.


Operasi memuusnahkan pokok durian Musang King di kawasan seluas 101 hektar itu sebelum ini mendapat pro0vokasi melampau dipercayai daripada pekebun haram termasuklah menghalang laluan dengan kenderaan dan juga mer0sakkan jambatan.


Susulan itu dalam memastikan keselamatan petugas pasukan PGA telah digerakkan semalam bagi mengawal dan menjaga keselamatan petugas yang melakukan operasi penebangan di kawasan hutan simpan itu.



Menurut Nor Azirim, polis dan pasukan PGA mengadakan dua Sekatan Jalan Raya (SJR) 24 jam di laluan utama masuk ke kawasan kebun durian terbabit sejak semalam.


Katanya, kawalan juga dilakukan di kawasan jambatan simen yang dirosakkan sebelum ini selain anggota PGA melakukan kawalan di semua kawasan aktiviti penebangan.


“Anggota kembali bersemangat meneruskan tugas memusnahkan pokok durian selepas kehadiran PGA yang sentiasa mengawasi setiap aktiviti seterusnya menjamin keselamatan mereka,” ujarnya. – K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.