Header Ads

Lelaki ini tidak kisah ditinggalkan isteri, jadikan buaya sebagai sahabat karib

 




Seorang nelayan menjadi tular di media sosial kerana rakan baiknya sejak lebih 20 tahun lalu merupakan seekor buaya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Gilberto ‘Chito’ Shedden menemui haiwan pemaangsa itu yang diberi nama Pocho pada 1989 di tebing sungai Reventazón, Costa Rica ketika ia hampir maati akibat diteembak.


Chito menjaganya selama enam bulan dengan memberi haiwan itu makan 31 kilogram ayam dan ikan seminggu serta menunjukkan kasih sayang.


“Saya memberikannya makanan. Pada mulanya, ia enggan makan namun saya tetap memberi buaya itu makan ayam sehingga ia sihat.


“Saya juga mahu membelainya kerana mahu ia tahu saya mengambil peduli tentangnya,” kata Chito.




Chito menghabiskan banyak masa bersama buaya kesayangannya itu sehingga dia ditinggalkan isterinya.


“Saya boleh mencari isteri lain, namun Pacho hanya satu dalam sejuta,” katanya.


Chito berkata dia pernah melepaskan haiwan itu ke sebatang sungai untuk menjalani kehidupan liarnya, namun keesokan paginya, Chito terkejut apabila melihat haiwan itu tidur di luar rumahnya.




Chito kemudian melakukan pertunjukan bersama haiwan itu dan berkata apabila Pocho mengikutnya pulang dan memberikan reaksi apabila namanya dipanggil, Chito tahu dia boleh melatih haiwan tersebut.


Chito berkata, dia hanya mengenakan caj sebanyak AS$2 (RM8.40) kepada penonton untuk menonton pertunjukan Pocho. Menurutnya, haiwan itu merupakan rakan baiknya dan dia tidak mahu mengeksploitasi  Pocho.


Pacho bagaimanapun mati pada Oktober 2011 dan Chito kini sedang melatih Pacho keduanya.


“Ia sedikit sukar kerana kami kurang rapat, namun saya percaya dengan kasih sayang dan kesabaran, saya akan mempu melatihnya. Harapnya dalam masa dua tahun lagi kami akan menjadi rakan baik dan boleh membuat pertunjukan bersama,” katanya. -Agensi

Artikel dari kosmo!

No comments:

Powered by Blogger.