Header Ads

Kedai jual durian di Batu Caves kena kompaun RM10,000 sebab ingkar SOP

 


Kedai menjual durian di Taman Industri Bolton, Batu Caves, di sini, dikompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), semalam.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4 petang memaklumkan kedai terbabit beroperasi tanpa mematuhi SOP.


Menurutnya, bertindak atas maklumat, anggota Pasukan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak membuat pemeriksaan di kedai berkenaan.


"Semakan mendapati kedai itu mempunyai surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi, namun jumlah pekerja melebihi kapasiti dibenarkan.



"Justeru, kompaun RM10,000 dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kepada majikan kerana gagal memastikan kapasiti pekerja mengikut SOP yang ditetapkan," katanya

Penjual durian dikompaun RM10,250 bila buat jualan durian kawin Rm5/kg (melanggar SOP KPK).

..

Terima kasih Abam-abam kacak dan kakak-kakak chantik Polis yang datang bagi kompaun dangab baik.. tak de marah-marah.. 😊

Dah memang kami ada buat kesilapan, kami mohon maaf lah yang itu.. kebiasaannya tak ramai sangat orang beratur kat ezydurian, tapi.. semalam memang sedikit di luar jangkaan kami..

maaf sekali lagi..



Anyway, kami tak salahkan pihak Polis dan MPS.. diorang cakap ada orang report, mereka perlu jalankan tugas..

Terima kasih juga kepada orang yang mereport.. 😊

kita sama-sama berpesan-pesan bada kebajikan.. insyallah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..

Memandangakn semalam dah kena kompaun RM10,250.00 hari ni kami perlu bekerja lebih kuat untuk cari duit nak bayar kompaun tersebut.. 

Hidup harus diteruskan.. jom jual durian!! 🙂🙂

..

Anyway, ada sesapa bleh pm no Nelopa?? nak minta jasa baik dia sponsor kompaun ni 😜

No comments:

Powered by Blogger.