Header Ads

Kalau tolak vaksin tu digelar anti vaksin la? tanya Rita Rudaini

 


"Kalau tolak vaksin tu digelar anti vaksin la? Anti vaksin ini untuk orang yang taknak dan tolak vaksin daripada kecil. Itu baru boleh kata, dia anti vaksin," kata pelakon Rita Rudaini selepas menjawab pertanyaan seorang pengikut di Instagramnya yang bertanya adakah dia seorang anti vaksin. 


Dihujani kecaman demi kecaman di akaun Instagramnya selepas berkongsi pendapat bahawa golongan yang enggan menerima suntikan vaksin tidak semestinya, mereka harus digelar antivaksin memandang keputusan itu adalah hak masing-masing.


Tidak melatah dengan pendirian yang dibuat, Rita bagaimanapun cuba menjawab setiap soalan mahu pun kecaman yang diberikan dengan tenang termasuk perkongsiannya mengenai hak dan keterbukaan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia.


"Terpulang, hak masing-masing. Macam orang yang dah vaksin buat hantaran, orang yang masih tolak vaksin tiada pula nak suruh jangan muat naik apa-apa.



"Kita positif.. hak masing-masing. Kawan saya pun ramai dah ambil vaksin, tapi kami tak bermus0h. Tidak makl hamun sesama sendiri kerana itu hak masing-masing. 


"Tiada nak puak-puak atau tiba-tiba taknak kawan atau kut0k. Nak tegur boleh, tapi bukan menghlina. Cara sebegini tidak sihat," kata Rita menjawab komen pengikutnya. 


Menurut Rita lagi, dia juga tidak pernah menghas0t sesiapa untuk tidak mengambil vaksin. 


"Saya nak buat apa-apa hantaran itu, adalah hak peribadi. Saya rasa video-video yang boleh bagi semangat dan info untuk saya, jadi saya kongsikan. 


"Posting (hantaran) menghas0t? Ada kapsyen saya has0t ' woi jangan vaksin' tiada kan. 



"Kalau tak suka tengok hantaran yang dimuat naik, janganlah tengok. Orang yang tak nak vaksin ini, memang kena tutup mulut dan diamkan diri? Kenapa saya kena ikut cakap orang," katanya. 


Terdahulu Rita dalam Instagram Storynya berpendapat bahawa umat Islam pada hari ini sudah menjadi berpuak-puak tentang kepercayaan mereka terhadap vaksin.


Menerusi hantaran berbeza, Rita turut memberi kenyataan seolah-olah tidak berpuas hati apabila ada dalam kalangan warga emas turut dipaksa untuk menerima suntlkan vaksin.


Sebelum ini, nama Rita menjadi bualan hangat netizen di Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.


Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin C0vid-19.


Malah, Rita Rudaini juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan. 

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.