Header Ads

Caprice akui hanya bertindak ikut emosi, mohon maaf kepada TMJ, Hishamuddin, Ebit Lew dan seluruh rakyat Malaysia

 


Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kontroversi yang melibatkan Caprice yang dikatakan tidak dibenarkan masuk ke Gaaza. Hari ini Caprice tampil memohon maaf secara terbuka menerusi posting terbaru di instagram miliknya.


Beliau membuat permohonan maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pendakwah bebas Ebit Lew.


“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein dan Ebit Lew , Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein, Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir,” katanya.



Dalam masa yang sama, Caprice turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kedah, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Rahim kerana bertindak sebagai bapa dan mengambil berat terhadap dirinya sepanjang berada di Mesir.

“Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada DS @azeezrahim yang tiba-tiba jadi seorang ayah kepada Caprice selama kita kenal. I can never repay you back for the love and care you have shown me throughout this mission.

“And to all the members or HM4P, Team Mercy, dan Media di Mesir, thank you for being a big brother to me and guiding me for the past 30 days. Dato Farid, Dato Razali, Dr Kassim, and Abdullah. I couldnt have asked for a better band of brothers to share this experience. Thank you for the late night talks, the love, and your guidance,” katanya.

Tidak lupa juga, dia turut meminta maaf epada ibu dan bapanya kerana telah membuatkan mereka risau.


“Last but not least, Caprice minta maaf kepada ibu dan ayah Caprice for making you worry about my safety. I love you and my intention since the day i chose to go on my own at 16 was only to make you proud.

Permohonan maaf turut dibuat kepada negara dan seluruh rakyar Malaysia dan Caprice turut berjanji akan pulang selepas misinya diselesaikan.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine. Iam sorry. Salam,” akhirinya.

Untuk rekod, Caprice menjadi trending di media sosial selepas dia dilihat memuat naik beberapa hantaran di media sosial, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan netizenmengecam tindakan tersebut sehingga ada segelintir netizen mendakwa Caprice dengkl dengan penceramah bebas tersebut.


Sumber : Instagram Caprice Official

No comments:

Powered by Blogger.