Header Ads

Bekas adik ipar tuduh Fiza Halim mata duitan dan pemecah beIah rumahtangga orang?

 


Beberapa bulan yang lalu, penyanyi dan pelakon cantik Fiza Halim mengesahkan dia kini kembali memegang status solo sejak 22 Julai tahun lalu.


Rumah tangga Fiza bersama suaminya iaitu seorang juruterbang, Aizat Al Jefri yang dibina pada Disember 2016 kecundang di tengah jalan dengan perceraian talak satu.


Namun, baru-baru ini bertebaran gossip di media sosial yang mengatakan Fiza Halim menerima lamaran dari seorang lelaki VIP berstatus duda.


Menerusi laporan dari oijom, nama Fiza Halim tiba-tiba terkait pula dengan perosak rumah tangga orang.


Ini berikutan dari seorang pengguna  Twitter yang dikenali sebagai Afrina Farzana telah membocorkan rahsia atau spilled the tea mengenai seorang selebriti yang didakwa menjadi ‘penyondol’ rumah tangga orang.


Mengaku sebagai bekas adik ipar Fiza Halim, pengguna Twitter berkenaan mendakwa selebriti tersebut pem0snah rumah tangga orang susulan menjadi punca abangnya bercerai suatu ketika dahulu.


Menurut pengguna Twitter berkenaan, abangnya yang masih bergelar suami secara tiba-tiba mahu berpisah dengan isteri. Ketika itu, mereka mempunyai anak berusia dua tahun.


Menurutnya lagin, Fiza didakwa masih berdegil untuk bernikah dengan abangnya, meskipun bekas anggota kumpulan Elite tu tahu lelaki yang ingin dikahwini itu merupakan suami orang.


Akhirnya, mereka bernikah secara senyap.


Dalam pada itu Fiza juga didakwa suka mengambil tahu tentang harta adik beradik bekas suaminya itu.


Dalam masa yang sama, Fiza juga didakwa memfitnah bekas ibu mertuanya melakukan amalan sihir terhadapnya.


Dalam pada itu, pengguna Twitter berkenaan turut berkongsi rentetan masalah lain yang berlaku antara Fiza dan keluarganya ketika masih bergelar isteri abangnya.


Diharapkan agar kontroversi ini tidak berlanjutan dan segala perseIisihan faham antara Fiza dan keluarga bekas suaminya ini dapat diselesaikan secara matang dan berhemah.


Sumber : Oijom

No comments:

Powered by Blogger.