Header Ads

Ayah terlantar SAKlT, bank tak kasi orang lain berurusan, kata Ridhuan

 


Seorang pesara Kementerian Kesihatan yang terIantar saklt berdepan masalah ekoran wang pencen bulanan yang diterimanya tidak dapat dikeluarkan sejak April lalu yang berjumlah RM800 sebulan.


Ini berikutan Mohd. Ismail Markom, 71, yang terlupa kata laluan kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya tidak berupaya untuk membuat kad baharu ekoran keadaan diri selepas terlibat kemalangan jalan raya, 22 April lalu.


Menurut anaknya, Ridhuan, 35, dia telah beberapa kali cuba berurusan dengan institusi kewangan berkenaan bagi mendapatkan kad ATM yang baharu, namun ditolak oleh pihak bank tersebut.



Katanya, mereka memberikan alasan perlu mengikut prosedur kewangan di mana pemilik ATM sendiri perlu datang ke bank untuk mendapatkan nombor pin baharu, sedangkan bapanya telah hampir empat bulan terIantar di atas katil.


“Kaki kanannya paatah, tiga tulang rusuk paatah dan diteb0k di bahagian leher bagi membolehkan tiub dimasukkan selain pendaarahan di kepala, ayah saya tidak mampu untuk bergerak, saya hadir ke bank dengan membawa bukti dan dokumen sokongan seperti kad pengenalan ayah dan kad pengenalan saya sendiri.


Gambar hiasan

“Walaupun sekadar RM800 sebulan, ia amat bererti kerana dapat menampung kos pembelian barangan keperluan ayah yang kini menggunakan sepenuhnya simpanan kami adik-beradik seramai enam orang,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, semalam.

Sumber : Utusan

No comments:

Powered by Blogger.