Header Ads

204 orang petugas di PPV IDCC Shah Alam positif C0VlD-19

 

Penafian : gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata

Pusat vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam ditutup hari ini.


Dalam satu kenyataan awal pagi ini, Pasukan Petugas Imunisasi C0vid-19 (CITF) berkata keputusan itu dibuat untuk ditutup serta-merta selama satu hari, sebaik diketahui malam tadi bahawa terdapat kes positif C0vid-19 dalam kalangan pekerja di fasiliti itu.


Bilangan sebenar pekerja yang dijangklti tidak didedahkan pada masa penulisan.



PPV itu dijadualkan dibuka semula esok sebaik sahaja kerja-kerja sanitasi dijalankan.


"Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga mengesyorkan agar mereka yang menerima suntikan vaksin di IDCC antara 29 Jun dan 12 Julai menjalankan penilaian kendiri dan diuji untuk C0vid-19 sekiranya mereka mempunyai sebarang gejala," baca kenyataan itu.



Tambah CITF, mereka yang dijadualkan mendapat vaksin di IDCC hari ini akan diberikan temujanji baharu secepat mungkin.


Mereka yang memerlukan maklumat lanjut dinasihatkan menghubungi talian 03-88934303.

No comments:

Powered by Blogger.