Header Ads

(VIDEO) Ramai yang tergamam tidak terkata, hanya sebab ada kesan cap jari, Chef Juna bengang sampai campak pinggan peserta masterchef Indonesia

 


Program masakan terkenal Masterchef Indonesia memang tidak pernah lari dari 'drama' tersendiri dan kerana inilah juga rancangan realiti ini mendapat sambutan memberangsangkan dari rakyat Indonesia.


Dan untuk tahun ini rancangan masakan ini sudah memasuki musim ke-8.


Baru-baru ini viral satu video yang memaparkan salah seorang juri masterchef iaitu Chef Juna yang bertindak diluar jangkaan manusia.Bukan setakat peserta tapi penonton dirumah turut tergamam apabila Chef Juna bertindak mencampakkan pinggan seorang peserta sehingga pecah di lantai.


Menerusi perkongsian dari portal Oh!Bulan, salah seorang peserta musim ini yang dikenali sebagai Seto mempertaruhkan resipi Udang Jamur Kucai dengan Nasi Honje dalam episod baru-baru ini di hadapan tiga orang juri. Sebaik mempersembahkan masakan tersebut di meja juri, Chef Arnold kelihatan memindahkan makanan tersebut ke pinggan baharu yang berwarna putih.

Kemudian, kelihatan Chef Juna yang sememangnya dikenali dengan sifat tegas telah melemparkan pinggan berwarna biru gelap itu sehingga pecah di lantai. Situasi tersebut membuatkan kesemua peserta Masterchef Indonesia musim ini terkejut termasuk peserta Seto juga.


Cara plating atas pingga tersebut yang dikatakan terlalu ringkas dan punyai banyak ruang kosong. Juri dikatakan tidak berpuas hati selepas terlihat kesan cap jari dalam pinggan tersebut.


Walau bagaimanapun, Sero memohon maaf kepada barisan juri kerana dia tidak sempat mengelap kekotoran pada pinggan tersebut.


Walaupun cara dia mempersembahkan masakan itu tidak kemas namun masakan seto itu sedap dan dapat pujian, tindakan menyajikan ke atas pinggan yang terang-terangan kotor dan dipenuhi dengan kesan jari itu mendapat teguran tegas juri.  Sebelum balik ke mejanya, Seto dilihat mengutip serpihan pinggan tersebut di lantai untuk disimpan dan dijadikan sebagai peringatan.


Menjenguk diruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen, dan salah satu komen ini menarik perhatian min..

"Chef tu campak pinggan kosong, mknn sudah tukar dgn pinggan lain,
kalau ada kesan cap jari yg byk kat pinggan mmg semua akn geli nk mkn mknn tu,
betul kata chef perempuan lagi senang kalau pkai pinggan yg tak ada kesan cap jari atau daun pisang sahaja.

Pertandingan masakan mmg nak ajar masak dan cara hidang mknn yg betul.
Bagus peserta seto terima pengajaran yg berguna, nnti sudah berjaya pasti ingat kenangan tersebut.
Biasalah ada yg kecam juri tu tapi bila kita sendiri membeli mknn dgn keadaan pinggan begitu adakah kita mahu atau sudi telan mknn yg pinggan penuh cap jari, tak kan ada, malahan pembeli akn terus marah tukang masak. Makanan lambat sampai pun kita sudah rasa nk ma.rah, inikn pulak pinggan yg penuh dgn cap jari. Maaf jujur komen sya." - Mar JoeBib






Sumber : OH! Bulan

No comments:

Powered by Blogger.