Header Ads

Suhaimi Saad Umum Secara Rasmi Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Suhaimi Saad, satu nama yang cukup gah suatu ketika dulu semasa menjadi penyanyi bersama kumpulan nasyid in-team. Namun dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan nasyid popular itu beberapa tahun yang dulu.


Nama Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai Mosus di media sosial pernah mencetuskan kontroversi kerana pendiriannya yang anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.



Terbaru, Suhaimi mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Perkara itu dimaklumkan oleh Suhaimi menerusi Instagram miliknya semalam.


Memetik laporan dari portal hiburan rotikaya, penyanyi itu turut meminta orang ramai tidak lagi menggelarkan dirinya sebagai ustaz dan akan menyekat pengikut yang memintanya menyanyikan lagu In-Team ketika sesi Live. Dalam pada itu, Suhaimi turut memberi am*ran kepada haters supaya tidak lagi mengganggu hidupnya.


“SS (Suhaimi Saad) letak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil Ustaz. Panggil SS atau Mie je. Siapa degil, SS akan kompaun dan blok,” tulisnya.


Terdahulu, Suhaimi tetap dengan pendiriannya menolak vaksin C0vid-19. Malah, Suhaimi berkata dia lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dih*na dan diperb*dohkan oleh m*suh Islam.


Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.