Header Ads

Sifat penyayang dan keibuan yang ada pada diri Diana Nasimuddin membuatkan Mas Khan jatuh hati

 





Sebelum ini pernah bertebangan gosip di media sosial mengenai hubungan istimewa antara pelakon Mas Khan dan anak kepada jutawan automotif Diana Nasimuddin.


Menerusi laporan dari portal hiburan murai, pelakon kacak berbadan sasa itu menjawap pertanyaan pengikutnya apakah yang membuatkan dia jatuh hati kepada Diana Nasimuddin itu.


Mas Khan berkata Diana adalah segala-galanya dan memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita yang diimpikannya. Mas turut menyifatkan Diana seorang yang penyayang, bijak dan bersifat keibuan.




Pelakon itu juga baru-baru ini dilihat ada memuat naik satu perkongsian menerima kejutan hari jadi daripada kekasih hatinya itu. Menerusi entri itu, Mas Khan menitipkan ucapan romantis buat Diana dan mengatakan wanita itu adalah yang perkara terbaik di dalam hidupnya.



Untuk rekod, Diana merupakan salah seorang anak perempuan ahli perniagaan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri Datuk Sri Utama Sheikh Mohammad Nasimuddin Kamal bin Sheikh Mohamad Amin

Untuk mereka yang ingin mengenali pelakon kacak ini, disini admin kongsikan biodata Mas Khan.Kredit kepada Illuminasi


Nama sebenarnya, Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan.

Menggunakan nama komersial, Mas Khan.

Kelahiran Melaka pada 10 April 1994.

Berumur 26 tahun.

Kediamannya terletak di Taman Melawati, Shah Alam, Selangor.

Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon sejak tahun 2013.

Mula meraih tumpuan selepas menjayakan drama kepolisan Gerak Khas menerusi salah satu watak utama bernama Detektif Kamal.

Lain-lain lakonannya termasuk siri Roda-Roda Kuala Lumpur (musim 6), Menongkah Kasih, Suri Hati Mr. Pilot, Andainya Takdir 2, Dia Anak Jeneral, Oh My Prince dan Cindai.

Tidak ketinggalan, telefilem Misteri Maria termasuk filem Biasan, Abang Long Fadil 2, Busker, Misteri Dilaila dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Laman sosial Instagramnya atas nama @maskhan_ sehingga kini mempunyai lebih 150,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

Berketinggian 1.84 meter.

 campuran Melayu, Cina dan Pakistan.

Kerjaya seninya bermula selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana beliau mengambil inisiatif menghantar profil ke 20 buah syarikat penerbitan, sebelum dilamar produksi Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam.

Turut menyimpan bakat terpendam dalam bidang nyanyian menerusi penyertaan dalam kumpulan Carla yang juga disertai Ariff Aziz, Niel dan Joan Allan, di bawah pengurusan Runaway Productions milik Awi Rafael dan Warner Music.

Keluarganya adalah pemilik Homestay 'Masbro Village' yang terletak di Paya Rumput, Melaka yang pernah menjadi tular dan dinobatkan sebagai homestay ketiga tercantik di Asia.

Pernah digosipkan bercinta dengan bekas finalis Dewi Remaja, Fazreen Fazera dan aktres Lana Nordin.

Dikatakan sebagai anak emas syarikat produksi Skop Production Sdn Bhd.

Bapanya merupakan kawan baik kepada penerbit Datuk A Aida.

Lebih meminati bidang seni suara, namun begitu rezekinya berpihak dalam dunia lakonan.


Sumber : rotikaya via murai

No comments:

Powered by Blogger.