Header Ads

Setia dan bersusah payah jaga suami Iumpuh sehingga sihat, tiba-tiba keluarga mertua suruh berpisah?

 


Masihkan anda ingat dengan kisah ketabahan seorang isteri Mithali yang sanggup bersusah payah dan setia menjaga suaminya yang lumpuh dan terlantar k0ma 90 hari selepas terlibat dengan kemaIangan jalan raya.


Pada saat tubuh suami terlantar sepi di katil hospital tanpa sebarang reaksi dan aktiviti fizikal, hati wanita bernama Siti Rohayu Ibrahim ini kuat mengharungi tempoh getir itu. Tanpa jemu, dia menjaga amanah Allah  dengan sebaiknya dan yakin lelaki yang dicintainya akan kembali sihat seperti sediakala.

 Alhamdulillah, berkat doa Ayu dan keyakinannya terhadap kekuasaan Allah SWT, Muhamad Ridhwan Mohd Zaki yang koma akibat nahas jalan raya tahun lalu akhirnya sedar dari ‘lena’.


Alhamdulillah, jika dulu tidak mampu bertutur namun berkat ketabahan dan kesabaran suaminya, Muhammad Ridzwan Muhd Zaki kini sudah boleh bercakap seperti biasa.


Melihatkan keadaan Ridzwan yang sudah sihat atas jagaan isterinya itu, ada pihak yang cuba memisahkan pasangan itu. Lebih mengejutkan pihak tersebut merupakan keluarga mentuanya sendiri.


Menurut Ayu, sebelum ini dia pernah ditud0h berkhaIwat dan keluarga mentua menggunakan alasan tersebut untuk menuntuk hak menjaga suaminya.


Ayu berkata lagi, dia meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk rumah tangganya dan akur dengan apa sahaja keputusan nanti.



Melihat diruangan komen, ramai netizen yang kecewa namun dalam masa yang sama bersimpati dengan dugaan yang terpaksa dilalui wanita cekal ini.


Ramai netizen tidak putus-putus memberi sokongan moral kepada wanita itu untuk terus mempertahankan haknya sebagai isteri.




Sumber : Tiktok Siti Rohayu via gulapop



No comments:

Powered by Blogger.