Header Ads

Saya tak tahu pasal sajat, kalau boleh tak nak ambil tahu...keluarga sendiri tidak tahu mana dia berada, kata Mustika

 


Sudah beberapa bulan usahawan kosmetik terkenal, Sajat menghilangkan diri dari pihak berkuasa. Dan menariknya sehingga kini pihak berkuasa masih buntu menemui tempat persembunyiannya walaupun dia dilihat agak aktif memuat naik gambar di instagramnya.


Memetik laporan dari mStar Online, kini adik perempuan Sajat yang dikenali sebagai mustika mula menarik perhatian netizen apabila dia muncul dengan video parodi menggunakan audio abangnya itu viral di aplikasi tiktok.


Empunya badan yang bernama Nur Mustika Kamaruzzaman, 33, dia sebenarnya penat melayan pertanyaan netizen yang sangsi dengan jantinanya.



”Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajat famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa.


“Orang sampai tak tahu yang Sajat ada adik-beradik lain sebab muka mereka tak sama macam saya, ”

Sementara itu ketika ditanya mengenai kedudukan abangnya yang masih menjadi tanda tanya, Mustika mengakui dia sendiri buntu mengenai hal berkenaan.



“Saya tak tahu fasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu, bukan sebab tak kisah pasal dia... tetapi saya ada kehidupan saya sendiri.


“Apa yang dia tengah lalui itu terlalu besar, mungkin hanya dia sahaja yang boleh selesaikan, ” katanya

Untuk rekod, Sajad dikehendaki oleh pihak berkuasa selepas Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir ke prosiding kes berpakaian wanita dalam kejadian tiga tahun lalu.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.