Header Ads

Saya Nak Cari Wanita Yang Boleh Ketepikan Ego, Kata Ben Amir

 




Kacak dan tidak sombong, itulah Ben Amir yang pernah menjadi kegilaan para gadis. Namun disebalik wajahnya yang kacak, Ben Amir yang kini sudah cecah 31 tahun memberitahu dia masih belum menjumpai wanita yang memiliki ciri-ciri idaman dan sesuai dijadikan kekasih.


Menerusi laporan dari mStar Online, Ben Amir berkata dia mencari wanita yang boleh mengenepikan ego untuk hidup bersama dengannya.


“Saya nak cari perempuan yang boleh ketepikan ego, ketepikan pandangan sendiri atau yang boleh membuatkan saya mendengar nasihatnya, mungkin dialah wanita yang tepat itu.


“Tapi setakat ni saya tak jumpa siapa-siapa lagi, belum lagi, ” katanya 


Dalam pada itu, ketika ditanya tentang sama ada dia memilih wanita dalam kalangan selebriti atau orang biasa, Ben hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir.


“Tak tahulah, tak terfikir pula. Senang cerita serahkan kepada takdir yang menentukan jodoh, ” katanya pada sidang media bagi mempromosikan drama Diva Popular baru-baru ini.


Pada November lalu, Ben digosipkan bercinta dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha apabila tersebar foto mereka sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama di sebuah restoran.


Bagaimanapun, Ben Amir menafikan perkara berkenaan.


Menjelaskan hal itu, Ben sekali lagi menegaskan mereka bukanlah pasangan kekasih seperti diperkatakan ramai.


“Tak adalah, saya dengan Daiyan cuma berkawan sahaja. Tak ada apa pun," katanya

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.