Header Ads

Saya dah tutup pintu depan tapi.... , keluh Ismail Sabri Yaakob

 


Muat naik terbaharu Menteri Umno, Ismail Sabri Yaakob, di Facebook menjadi perbualan hangat di media sosial, ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.


“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.



Catatan tersebut turut melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.


“Dalam maksudnya Pak Long…harap tabah menjalankan tugas…,” kata seorang pengguna FB, Jaffar, di ruangan komen.


“Takpe la DS (Datuk Seri)…DS dah buat yang terbaik…Tapi yang suka pintu belakang lebih ramai…” kata seorang lagi pengguna FB, Andy.


Setakat berita ini ditulis, catatan tersebut mengundang lebih 5,000 komen dan 4,000 perkongsian dalam 53 minit selepas dimuat naik.

Sumber : FreeMalaysiaToday

No comments:

Powered by Blogger.