Header Ads

Remaja ini sanggup jual motor ayat buat modal beli tiket kapal terbang sebab nak bertemu lelaki yang dikenali dalam online games, tapi ini yang berlaku kepadanya...

 


Di zaman serba canggih ini, bukan setakat kita gunakan komputer untuk isi masa lapang dengan bermain games atau membuat kerja tapi ada sesetengah mereka yang menjadikan medium online ini sebagai tempat mencari teman dan jodoh.


Namun tidak semua orang jujur walaupun kita ikhlas dan sanggup buat apa saja. Baru-baru ini tular satu video mengenai seorang remaja perempuan yang ‘terkandas’ di lapangan terbang setelah merasa bersalah untuk berjumpa dengan rakan yang dikenalinya menerusi permainan dalam talian.


Kejadian yang berlaku di Jambi pada Selasa lalu itu ‘membongkar’ satu cerita yang mengejutkan. Remaja itu dipercayai telah menjual motosikal bapanya kerana ingin berjumpa dengan rakan lelakinya itu.


Menurut Tribun Timur, remaja itu nekad bertindak sedemikian untuk membiayai perjalanannya ke Jakarta dengan menaiki kapal terbang.

Pun begitu, dia mula meragui tindakannya selepas memikirkan mengenai kedua ibu bapanya. Berseorangan di situ, dia kebingungan dan hanya mampu menangis.


Kesian melihat keadaan remaja itu, seorang perempuan, Monik, yang turut berada di lapangan terbang itu menghampirinya dan menenangkannya.


Kebingungan dan berfikir semula mengenai tindakannya

“Ketika itu saya melihat remaja tersebut seperti kebingungan, saya menghampirinya dan bertanya keadaannya. Ternyata dia dari Jambi dan hendak ke Jakarta untuk menemui rakan lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian,” katanya.


Menurutnya lagi, gadis itu juga mahu pergi ke Jakarta dengan membawa wang bernilai Rp 20 juta (RM5,771), ia merupakan hasil yang diperoleh selepas menjual motosikal bapanya, lapor Detik News.


Remaja itu dipercayai memberontak dan nekad untuk berjumpa lelaki yang dikenalinya itu tetapi ia tidak diteruskan kerana keluarganya dapat mengetahui mengenai perkara tersebut setelah video mengenainya tular.


“Sebenarnya dia tetap berkeras ingin berangkat ke Jakarta tetapi mujurlah video itu tular dan pihak keluarganya datang ke lapangan terbang untuk menjemputnya. Tidak cuma itu, remaja itu juga secara tidak sengaja bertemu dengan seorang guru sekolahnya, akhirnya dia membatalkan hasrat untuk ke Jakarta,” jelas Monik.


Sementara itu, Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto mengesahkan bahawa remaja itu merupakan penumpang yang akan berlepas pada Selasa.


Kerana turut merasa curiga terhadap gadis itu yang kelihatan kebingungan dan tidak mempunyai penjaga, Agus juga telah membatalkan penerbangan gadis itu.


Keluarganya yang berasal dari Desa Tangkit, Wilayah Jambi, dilaporkan telah menjemputnya di lapangan terbang untuk membawanya pulang.

Sumber : SiakapKeli

No comments:

Powered by Blogger.