Header Ads

Ramai netizen tertanya-tanya kenapa pakaian Wawa pun polis rampas? Ini jawapannya

 


Beberapa hari yang lalu viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita mengherdik anggota polis yang bertugas di SJR kerana menahannya dan menyaman atas kesalahan tidak memperbaharui roadtax dan insuran kereta.


Susulan kejadian tersebut, wanita tersebut ditahan bagi membantu siasatan .


Dalam satu sidang media, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memberitahu, ketika ditahan di rumahnya di kondominium di Jalan Lintas pada jam 11.20 pagi 20 Jun, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.


Namun dalam perkongsian media Harian Metro, ramai netizen yang tertanya-tanya mengapa pakaian beliau turut dipamerkan sebagai bahan rampasan.


Menurut peguam , Dony Abdullah, baju wanita Sabah yang tular ugut polis itu dirampas bagi tujuan pengecaman memandangkan di dalam video tersebut, beliau memakai pelitup muka.


Malah dalam sidang media itu, Mohd Zaidi turut mengatakan hal yang sama.


“Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.”


Selain daripada itu, seorang pegawai, tujuh anggota polis serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dipanggil dan tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas turut diambil bagi membantu siasatan.


Terdahulu, pihak polis semalam memberitahu slasatan sudah meliputi 80% dan wanita berkenaan memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan.

Sumber : Odisi

No comments:

Powered by Blogger.