Header Ads

Peningkatan 5juta %, Cikgu Fateema Kongsi Pengalaman Bagaimana Hutang PTPTN Cuma 1 Sen Boleh Jadi RM515 Selepas 6 Tahun

 



Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

Ramai rakyat Malaysia yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tapi tidak mampu membiayai kos pengajian. Sebagai membantu rakyat Malaysia yang layak tapi tidak berkemampuan kerajaan telah memperkenalkan PTPTN.


Namun mereka yang lulus permohonan PTPTN perlu membayar balik hutang ini selepas habis belajar dan sudah mendapat pekerjaan.


Namun baru-baru ini viral satu perkongsian di media sosial yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook,  Cikgu Fateema yang sudah menyelesaikan hutang pinjaman pada 2015 terkejut menerima makluman yang beliau masih berhutang dengan PTPTN, menerusi laporan dari odisi.my.

Rupa-rupanya masih ada hutang berjumlah satu sen yang mana selepas enam tahun jumlahnya bertambah menjadi RM515.





Bagaimana 1 sen menjadi RM515 dalam masa enam tahun?

cikgu dapat emel surat amaran, akan diambil tindakan mahkamah oleh PTPTN.. perlu bayar rm515.. padahal julai 2015 dah bayar habis lumpsum guna KWSP..


lepas email... call asyik tak masuk... cikgu mesej FB ptptn..


ini hasil semakan kes...1sen boleh jadi rm515 selepas 6 tahun... dah habis bayar ikut jumlah akhir yang PTPTN bagi. tak tahu mana datang 1 sen tu


rupanya ada lagi yang senasib.. habis bayar tetapi pinjaman masih berjalan.


edit:


terima kasih... ramai bagi cadangan yang baik... ada yang tanya berulang, jadi saya terangkan disini


1. tak dapat surat pelepasan ke?


tak... disuruh tunggu sebulan, sampai sudah tak dapat... bila call.. akan disemak tetapi tak ada yang hubung balik

check link ptptn, surat pelepasan tak pernah dicetak... saya pindah terengganu, jadi tak fikir dah... lupa pun ya


2. ada juga yang cadangkan, kenapa tak bayar lebih beberapa sen?


bila bayar baki ptptn guna duit kwsp, PTPTN akan kira dan tentukan jumlah bayaran akhir... jadi bukan bawah kawalan kita. PTPTN akan direct berurusan dengan KWSP. KWSP pun dah selesai bayar ikut nilai yang diminta, jadi sepatutnya 1sen tak wujud


kalau buka gambar bawah, ptptn ada balas akan bagi maklumbalas selepas 7 hari.... jadi perlu tunggu dengan penuh kesabaran 😊 kita tunggu jelah ye?


edit 2:


ramai yang senasib dengan saya rupanya...dah bayar habis tetapi masih ada tunggakan. dari bayar nak tutup akaun dan kayakan pihak yang tak sepatutnya, saya rasa baik sedekah duit tu ke keluarga susah. lagi2 musim covid ni. betul tak? dapat juga pahala😊


jadi boleh hubungi pegawai ptptn untuk ambil tindakan bersihkan rekod kita. hutang ni boleh bagi kesan buruk ke CCRIS, jadi jangan biarkan jumlah menjadi semakin besar atau dikenakan tindakan mahkamah.. bukan salah kita...


saya sertakan link no tel pegawai

https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn


link semakan penyata pinjaman


http://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/


link semakan surat pelepasan


https://www.ptptn.gov.my/bajet2018/Utama


edit 3 :


alhamdulillah😊...pagi ini saya ada whatsapp pegawai PTPTN, en. Aizol dan dengan pantas balas dan bertindak. beliau dah bincang dengan peguam dan cikgu tak akan dikenakan tindakan mahkamah.


Pn. Azlina dari bahagian customer service juga ada call, dan meminta maaf secara personal bagi pihak PTPTN. beliau akan uruskan dan bagi jaminan kes saya akan diselesaikan secepat mungkin.


beberapa soalan misteri sebelum ini dah terjawab


1. kalau dah habis bayar, 1 sen hutang tu datang dari mana?


sebelum bulan april 2016, sistem PTPTN secara manual. selepas habis bayar, bulan seterusnya pegawai yang uruskan kos takaful kenakan sebanyak 1 sen ( mungkin data lambat kemaskini) . dari 1 sen inilah yang kos berjalan selama 6 tahun. Jadi cikgu simpulkan, ini adalah kesilapan human error.


2. Bagaimana dengan nasib mereka yang lain, yang alami situasi sama dengan cikgu?


kes cikgu ni dapat tindakan cepat sebab masih simpan penyata baki akhir PTPTN tuntut bayaran dari KWSP. memudahkan rayuan cikgu dibuat. kalau dah habis bayar tetapi ada tunggakan lagi, cepat2 cari bukti dan hubungi pegawai PTPTN.


kesimpulan- semua dokumen penting kita kena simpan baik2 dan pastikan nama dan rekod kita betul bersih...


3. macam mana dari 1 sen jadi rm515 dalam 6 tahun?


selain interest, ada kos lain yang mungkin termasuk bila bayaran tak dibuat. kos servis & insuran, dll setiap bulan. semua bertambah dan bertambah.

Dalam perkembangan terbaharu, Cikgu Fateema memaklumkan yang kesnya sudah selesai. Malah beliau pun sudah menerima surat yang mengesahkan penyelesaian hutang beliau.





alhamdulillah... akhirnya.. dah selesai hutang PTPTN cikgu... tak sangka habis bayar 2015, hutang PTPTN selesai dan dapat surat pelepasan tahun covid 2021 

terima kasih kepada semua yang mendoakan agar kes cikgu dipermudahkan 😊 adalah ni cerita nak sampaikan ke anak cucu nanti

settle dah kes cikgu

'amaran tindakan mahkamah: 1 sen jadi rm515 setelah 6 tahun'

boleh dah tidur lena... alhamdulillah


Sumber : FB Cikgu Fateema dan odisi


No comments:

Powered by Blogger.