Header Ads

Pakar RadioIogi 'sekolahkan' Dr Amalina Kerana Menyentuh Isu Budaya Kerja ‘Makan Garam’ Di Malaysia

 



Baru-baru ini satu perkongsian beliau di twitter miliknya telah menarik perhatian netizen apabila beliau berkongsikan isu budaya kerja di Malaysia. Hantaran Amalina telah mendapat pelbagai respon dari netizen.

Melalui tweet yang dimuat naik, anak jati kelahiran Kelantan ini membandingkan suasananya bekerja di luar negara VS budaya ”Siapa makan garam dulu” yang dakwanya dipraktikkan di Malaysia.

Di United Kingdom, beliau menyifatkan semua perbincangan berkaitan tugas dijalankan dengan secara ilmiah malahan pendapat golongan junior tidak diketepikan begitu sahaja.

Tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan, seorang pakar radioIogi iaitu Aznil Hisham telah membldas semula di Facebooknya. Kata lelaki ini pula, dakwaan tentang budaya “makan garam terlebih dahulu” yang diperkatakan oleh Dr Amalina bukanlah dibuat secara membu.ta tuIi.

Malahan beliau juga sering berdiskusi sesama sendiri baik dengan junior atau ketua atasan.

Sebagai kakitangan warga KKM, saya mengesahkan bahawa amalan "siapa makan garam terlebih dahulu" bukanlah amalan yang dipraktiskan di Malaysia secara membuta tuIi.

Tak kira di UK mahupun di Malaysia, terdapat beberapa peringkat seniority. Dan sudah pasti, pandangan dan pendapat mereka yg lebih senior dan berpengalaman diraikan. Ini norma dimana jua kita berada.

Dalam lapangan saya selaku pakar radioIogi, kami sentiasa berdiskusi antara satu sama lain dalam apa jua kes yang sukar. Semua pandangan dari consultant, senior dan junior diambil kira.

Dan saya juga mengambil pandangan dari para junior saya. Dan tidak sedikit pun merasakan ianya perbuatan yang h.lna.

Ketua jabatan saya juga pernah beberapa kali meminta pandangan kami semua dan beliau juga menerima dan melaksanakan pandangan yang kami sarankan.

Ini membuktikan bahawa setiap keputusan kami adalah dari pandangan secara koIektif. Bukan ditentukan melalui siapa yang makan garam terlebih dahulu.

Dan ini adalah amalan yg norma di Malaysia. Bukan sebagaimana yang beliau dakwakan.

Walaubagaimana pun, saya menerima pandangan dan teguran Dr Amalina. Ini sekali lagi membuktikan bahawa saya selalu senior yang banyak makan garam dari Dr Amalina menerima krl.tikan dan pandangan Dr Amalina.

Satu lagi bukti keterbukaaan di Malaysia, kita dapat lihat bagaimana Dr Muhaya dikr.ltik dengan hebat oleh para Dr celebriti yang tak cukup makan garam (jauh lebih junior) dari beliau. 

Dan Dr Muhaya tidak malu untuk memohon maaf jika kenyataan beliau menyebabkan para Dr celebrity terasa hati.

Bukankah ini menunjukkan amalan "siapa makan garam" di Malaysia bukanlah satu amalan biasa di Malaysia?

Sumber: Facebook Aznil Hisham via sportdailynews.com

No comments:

Powered by Blogger.