Header Ads

Netizen kecam Nabila Razali bawa bantal dinosaur di PPV, siap rakam video bagai

 


Sudah menjadi kelaziman sesiapa saja yang selesai menerima suntikan vaksin C0VlD-19 akan merakamkan gambar kenangan dan berkongsikan ke media sosial.


Namun apa yang dibuat oleh penyanyi terkenal, Nabila Razali ini dipertikai netizen kerana dia seakan diberikan keistimewaan merakam video ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Universiti Malaya (UM), semalam..


Menjenguk di ruangan komen, ramai netizen seakan meluahkan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak dibenarkan mengambil video seperti yang dilakukan penyanyi peluang kedua itu.


Ada juga yang mengatakan dia ditegur apabila mahu merakam video namun kenapa artis pula tiada masalah untuk berbuat demikian dan mendakwa petugas kesihatan seakan tidak adil dan pilih kasih.


Dalam pada itu, tindakan Nabila membawa bantal berbentuk dinosour juga turut menjadi buah mulut netizen yang mempersoalkan apa keperluan membawa batal tersebut.



“Kenapa perlu bawa benda alah (bantal) tu? bantal tu saja berapa banyak vlrus boleh melekat. Apa faedah eh? tak pasal-pasal nanti ramai pula bawa bantal,” tulis netizen.


Jika anda masih ingat sebelum ini, pelakon Fasha Sandha dikecam dan dipersoal netizen kerana dapat merakam proses vaksinasi namun tidak dibenarkan bagi segelintir rakyat.

Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.