Header Ads

Netizen bengang Zara Zya promosi iklan produk dewasa di instagram

 


Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan terkini pelakon yang kini tampil dengan imej bertudung iaitu Zara Zya. Namun baru-baru ini satu perkongsian yang dibuat di instagram milik pelakon ini telah menarik minat netizen. Ini kerana posting tersebut dilihat telah memuat naik video mempromosikan produk ‘dewasa’ di Instagram yang tidak sesuai dipertontonkan oleh umum.


Video tersebut disifatkan agar tidak senonoh oleh netizen apabila mamaparkan bibit-bibit intim suami isteri, malah ramai terkejut apabila Zara berkongsikan iklan sedemikian rupa.


Ramai netizen yang terkejut kerana imej bertudung yang dibawa oleh Zara Zya namun memuat naik sesuatu yang tidak sesuai, tambahan lagi dia adalah public figure.



Walaupun ianya adalah iklan berbayar yang telah dibayar oleh seller kepada pelakon tersebut, namun netizen anggap ianya tidak sesuai apatah lagi dengan imejnya yang kini sudah berhijab. Malah, ada yang bimbang jika ianya menjadi tontonan anak-anak kecil.


Tidak kurang juga, ada mempersoalkan adakah pelakon itu sudah tiada job sehingga mengambil untuk mempromosikan produk berkenaan serta menyindir mungkin pembantu peribadi yang memuat naik posting berkenaan.



Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.