Header Ads

"Lepas buang air, lap dulu Miss V sampai kering!.." - Siti Sarah sedih bila terima banyak keluhan kaum wanita ada masalah bahagian 'intim'

 


Walaupun pasangan selebriti popular Siti Sarah dan suaminya kini sudah berjaya dengan perniagaan. Namun penyanyi ini seorang yang tidak pernah sombong dengan peminatnya.


Tempoh hari Siti Sarah pernah membuat satu hantaran di ig story berkenaan masalah Miss V, ramai wanita yang telah membalas dan memberi keluhan berkenaan masalah yang dihadapi pada bahagian sulit serta dalaman mereka.


WANITA WAJIB BACA NI‼️

Ingat lagi kan Sarah pernah pos pasal masalah Miss V di ig story haritu? Sarah nak kongsikan kat sini agar jadi pengajaran dan pembelajaran untuk semua wanita tak kira la yg belum atau sudah berkahwin.

Sedih sangat bila wanita2 yang alamai masalah macam ni, Sarah anggap semua ni macam adik,kakak,ibu Sarah sendiri. Sarah faham ada yang malu nak kongsi dgn orang masalah macam ni. InsyaAllah Sarah baca segala keluh kesah risau korang dalam pos tempoh hari ☺️

Apa yg Sarah baca ada masalah keputihan, gatal, berbau, gelap. Ni antara paling banyak. Apa yang Sarah boleh bagitahu, sebelum korang nak beli jamu, pil2, makan minum daun2 sireh, kacip fatimah semua tu pastikan jaga benda basic dulu! Apa tu?





Pemakanan! Ia antara punca utama la kenapa Miss V kita bermasalah! Cuba kurangkan gula, makan makanan berkhasiat pulak. Amalkan gaya hidup sihat, jogging ke bersenam ke. Kebersihan tu pon kena jaga! 

Lepas buang air, lap dulu Miss V sampai kering, benda2 tu la yang buatkan Miss V kita berkulat ada bakteria semua. Kalau ada duit lebih boleh beli seluar dalam yang kain lembut dan tak ketat. Last sekali haaa ramai yg tak tahu Stress pon boleh jadi penyebab masalah Miss V! InsyaAllah buat benda2 di atas, stress pon akan kurang and Please buat ni dulu, buat yg basic dulu ye sayang2 semua 😣



Sarah tengah usahakan sesuatu untuk korang, dari tahun lepas buat sample dan test kualiti. InsyaAllah sekarang tgh kumpul feedback2 yang bagus. Sarah akan cuba bantu yaaa. Doakan Sarah berjaya tu ja Sarah minta di hari Jumaat yg mulia ni. Sarah doakan semua yang bermasalah macam ni dipulihkan dan diberi kesihatan yg baik. Aamin yarabalamin ❤️


Sumber : Ig Siti Sarah

No comments:

Powered by Blogger.