Header Ads

Kenapa tak kuarantin umat Islam positif C0VlD-19 di masjid? tanya Zul Yahya

 


Menerusi laporan dari sinar harian, baru-baru ini pelakon yang kini bergelar penceramah bebas ada memuat naik satu perkongsian di laman facebooknya, Zul Yahya memberi cadangan agar orang Islam yang positif Covid-19 dengan gejala ringan dikuarantin di dalam masjid.


“Kenapa tak dikuarantinkan umat Islam positif C0vid-19 bergejala ringan di masjid. Bukankah itu lebih baik kerana mereka dapat hidupkan amalan masjid 24 jam dan masjid pun tak sepi.


“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid supaya menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat lebih banyak manfaat. Mungkin boleh menambahkan kebaikan kepada mereka.



“Kita semua tahu fungsi masjid itu sangat luas. Kita nak dapatkan bantuan Allah SWT, tapi rumah Allah SWT tidak diimarahkan. Ada cara Allah SWT bagi tetapi kenapa tak diusahakan?


“Ujian ini adalah hikmah buat kita, bukannya musibah,” luahnya


Tambah bekas hero pepaya, sebagai menyokong perkara berkenaan, dia dan beberapa rakan bersedia menyumbang khidmat membantu menguruskan pesa.kit yang dikuarantin di tempat dicadangkan itu.


“Saya serta sahabat bersedia memberikan masa untuk menguruskan mereka yang berada di masjid itu.

“Ada masjid yang luas mampu meletakkan beratus jemaah. Paling menggembirakan solat fardu sentiasa penuh seperti solat Jumaat,” katanya lagi.


Menurut Zul lagi, saranan sama pernah disuarakan tahun lalu namun tiada pihak mempedulikannya.


“Para ulama yg dimuliakan lagi dikasihi serta sahabat, mohon dipanjangkan perkara ini,” katanya. 


Sumber – K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.