Header Ads

Kalau bukan sebab lockdown, saya dah uqasha akan nikah minggu depan, kata Kamal Adli

 


Menerusi laporan dari kosmo online, pelakon kacak, Kamal Adli memaklumkan jika tidak kerana PKP, dia dah Uqasha Senrose akan bernikah pada minggu depan.

“Buat waktu sekarang, kita tangguh dahulu (perkahwinan) kerana tak mahu nanti ada isu-isu berbangkit. Kita hormat lockdown, bila dah dibenarkan merentas negeri (yang saya pun tak tahu bila), kita akan kahwin seperti yang dirancang.


“Sebab apa? Sebab, kita dah bayar semuanya. Memang tak boleh pull out (tarik balik) duit. Seperkara lagi, saya nak majlis kahwin kami menjadi satu peristiwa yang dan isteri akan kenang sampai ke tua.


“Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes Covid-19 negara reda,” kata pelakon Kamal Adli 


Kamal memaklumkan perancangan mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka akan tetap diteruskan.


Bagaimanapun, jelas bekas Hero Remaja 2007/2008 itu, semuanya perancangan bergantung kepada keadaan pandemlk C0vid-19 negara. Kalau masih tidak surut-surut lagi kes positif, dia bakal isteri akan laksanakan apa wajib terlebih dahulu.



Kamal Adli dan Uqasha, 29, mengesahkan bakal diijabkabulkan namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka sekitar Mac lalu.


Mereka mendedahkan, bakal mengadakan majlis akad nikah dan tiga majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka namun terpaksa menangguhkan hasrat itu sebabkan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.