Header Ads

Dr. Rafidah pertahan Dr. Amalina selepas dikecam netizen gara-gara tak nak balik menabur bakti di Malaysia

 


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada segelintir pihak tertentu menyifatkan pelajar medik yang menyambung pengajian di luar negara sebagai ‘pengkhlanat’ apabila mereka tidak pulang bagi menabur semula jasa ke tanah air tercinta. 

Antara nama yang kena petik adalah Dr Amalina Che Bakri apalagi beliau sendiri sudah pun 15 tahun menetap di United Kingdom.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Rafidah ada memuat naik satu perkongsian berkenaan isu ini memberitahu Dr. Amalina ada bertanyakan pendapat tentang kerja di Malaysia dan dia berikan nasihat JANGAN BALIK MALAYSIA, kerana..


Baca perkongsian penuh dibawah :-


Merasa kurang senang kerana Dr Amalina ibarat diperlekehkan, Dr Rafidah Abdullah lantang membidas semula pemikiran kononnya doktor Malaysia bekerja di luar negara sebagai seorang pembelot. Pakar Buah Pinggang ini nyatanya terkilan mengetahui yang ‘sedap’ mengata juga terdiri daripada golongan profesional. Apabila ditanyakan tentang bekerja di sini, beliau juga tidak menggalakkan doktor muda tersebut pulang atas sebab apresiasi.


Dr Amalina dapat hadiah biasiswa…Tiada kontrak…Beliau tak perlu balik Malaysia

Menurut penjelasan Dr Rafidah lagi, Dr Amalina tiada sebarang kontrak biasiswa dengan mana-mana badan berkaitan malahan kini menerima biaya dari kolej luar negara untuk pengajian pHD. Ini sekali gus menepis dakwaan meleset yang mengatakan beliau ada hutang dengan Malaysia.


Gaji sikit wey…Luar negara lagi padu gaji dan setimpal dengan kerja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian pendapat daripada Dr Rafidah. Malahan ada yang menganggap gaji tatkala bekerja di luar negara jauh lebih setimpal berbanding Malaysia.



Sumber : Facebook Dr Rafidah Abdullah

Artikel dari : sportdailynews

No comments:

Powered by Blogger.