Header Ads

Buat hal lagi, polis cari Sajat untuk bantu kes tukar maklumat kad pengenalan

 




Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu  siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan, menurut laporan dari harian metro.


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mhkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.


"Bahagian Siasatan J.nayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Sksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit," katanya.



Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sajad, 36, dikehendaki pihak berkuasa selepas waran tang.kap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertud0han berpakaian wanita di Mhkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.


Sebelum ini, media melaporkan Sajat didak.wa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tang.kap berkenaan.


Katanya, pihak polis turut mengesan seorang lelaki berkaitan kes penlpuan pelaburan saham yang sedang dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya.



"Suspe.k, Cheah Kok Hau yang beralamat terakhir di No 18 Jalan 5, Taman Kandan Batu 8, Jalan Puchong, Puchong, Selangor, didapati tidak hadir pada prosiding perbicaraan kes itu di mhkamah hari ini.


"Kedua-dua individu berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954," katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.