Header Ads

Bekas suami pukuI dan ceklk depan adik, pembantu rumah dan anaknya, dakwa Zarina Anjoulie

 


Seperti yang kita sedia maklum, Zarina Anjoulie sudah bercerai buat kali kedua dengan bekas suaminya,Eilyas Azhar. Walaupun sudah hampir sebulan bercerai namun kemelut antara mereka berdua masih belum berkesudahan.


Ini dibuktikan apabila Zarina memuat naik di media sosialnya baru-baru ini mendakwa dia telah dipu.kuI dan dice.klk bekas suaminya itu selepas mereka kembali rujuk. Zarina mendakwa perkara itu terjadi di rumah keluarganya di hadapan adiknya, pembantu rumah serta anaknya.


Tambah pelakon itu lagi, dia juga sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu. Dakwa Zarina dia dipu.kuI kerana mahu memeriksa teleon suaminya ketika itu. Kata Zarina lagi, dia mempunyai segala bukti dan laporan polis kejadian tersebut.


Menurut laporan dari portal hiburan rotikaya, Zarina juga dikatakan mendakwa Yas ada meminta RM10,000 untuk melafazkan cerai. Dakwa Zarina, apa sahaja melibatkan suaminya semuanya memerlukan duit.


Disebabkan itu Zarina berkata dia cuba untuk ‘memancing’ lelaki itu untuk melafazkan cerai tempoh hari dengan menawarkan wang untuk melepaskannya sebagai isteri.


Dalam satu lagi entri, Zarina ada memuat naik laporan polis mendakwa sering dialbkan bekas suaminya itu malah lelaki itu pernah memanjat rumahnya untuk merakam gambarnya dalam keadaan alb serta mengu.gut menyebarkan gambar tersebut.


Untuk rekod, Zarina Anjoulie pernah berpisah dengan Eilyas Azhar pada 27 Januari yang lalu. Namun begitu, mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali ‘rujuk’ selepas itu.


Terbaru, Zarina Anjoulie sekali lagi memberitahu umum bahawa dia dan suami sudah bercerai. Berita tersebut dikongsikan Zarina sendiri di akaun Instagramnya pada awal may yang lalu.

Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.