Header Ads

Baru sehari umum bersara jadi penyanyi nasyid, Suhaimi Saad kini buat kejutan rekod lagu rock kapak pula

 


Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman rasmi dari Suhaimi Saad yang membuat tindakan akan bersara dari menjadi penyanyi nasyid. Perkara sedih ini telah dikongsikan Suhaimi menerusi laman sosial miliknya.


Namun menerusi laporan dari mStar Online, Suhaimi saad menjelaskan status yang mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid telah mencetuskan salah faham dalam kalangan peminat.


Menurut Suhaimi, 41, dia sebenarnya hanya tidak mahu menjadi penyanyi nasyid namun akan tetap meneruskan perjuangannya dalam bidang muzik dengan mengetengahkan genre lain.


"Itu hanyalah salah faham. Saya hanya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid sahaja. Saya akan terus menyanyi selagi ada suara, insyaAllah, tanpa title nasyid pun, kita masih boleh terus menyanyi.


"Malah sasaran dan audiencenya mungkin lebih luas (jika mencuba selain genre nasyid)," katanya


Menurutnya lagi, selagi ada suara dia akan teruskan berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang ditubuhkan pada Januari lalu.


Bismillah merupakan kumpulan yang dianggotai Suhaimi serta isteri, Ina Naim serta empat anak mereka iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 13, Sallman El Khoyri, 11, Phyrosh Ed Fadwah, 9, dan Nurlayla El Ghufrony, 7 tahun.


"InsyaAllah Bismillah akan release album dalam bulan ini. Kami akan terus bawa genre-genre lain selepas ini yang masih lagi berkonsepkan ketuhanan serta membawa maksud mesej positif.


"Sekarang saya baharu sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa," katanya.


Suhaimi pada Khamis memuat naik status bersara daripada arena nasyid selepas lebih dua dekad berkecimpung dalam bidang tersebut.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.