Header Ads

Lapor polis kalau tak puas hati isu agama bukan bertindak sendiri, pesan Ayahanda Rani Kulup

 


Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan isu agama yang cuba dicetuskan segelintir pihak sepatutnya membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.


Kata Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, ia lebih elok berbanding mengambil tindakan sendiri seperti pergadohan sekumpulan penghantar makanan  dengan pelanggan yang menggunakan nama ‘Ardilas anak Tuhan, Tuhan Allah Taala’ baru-baru ini.


Jelas beliau, ketidakpuasan hati sepatutnya dilepaskan melalui laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya.


Menurutnya isu sensitiviti agama akan semakin burok sekiranya video-video pergadohan tersebar meluas menerusi laman sosial, seperti yang berlaku baru-baru ini.


“Ayah nasihatkan terutama Foodpanda jangan ambil tindakan sendiri, buat laporan polis, dapat maklumat lengkap buat laporan apabila pergadohan berlaku ia mengerohkan keadaan, dikaitkan dengan isu sensitiviti dan boleh menjadikan keadaan tidak terkawal kerana perkara ini dimuat naik di media sosial,” katanya.


Rani turut memberi am4ran kepada semua pihak supaya tidak sewenangnya membangkitkan isu agama yang jelas menyentuh sensltiviti majoriti rakyat negara ini.


Semua pihak sepatutnya tahu batas yang perlu diamalkan dalam hidup bermasyarakat di negara ini supaya perpaduan dapat dikekalkan, katanya.


“Kalau mahu senang jangan sentuh isu agama, jangan main isu agama. Ayah seru rakyat Malaysia, seru perpaduan dalam negara kita,” tambahnya.


Beliau turut menggesa agar pihak polis, mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini dengan segera, sebelum berlaku perkara yang tidak dapat dikawal.



Untuk rekod, semalam polis menahan lima penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam kejadian pergadohan beramai-ramai dengan seorang lelaki yang merupakan pelanggan di kawasan Sungai Way pada Jumaat lalu.


Menurut laporan media, Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan yang tidak berpuas hati dengan pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sensltiviti agama.


Malah pengadu membuat tang.kap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkannya menerusi aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan (rider) di kawasan tersebut.


Perkataan yang diviralkan penghantar makanan tersebut iaitu ‘Ardilas anak Tuhan, Tuhan Allah Taala’.


Sumber : MalaysiaGazette

No comments:

Powered by Blogger.