Header Ads

“Yes Betul Kami Dah Cerai, Thank You,” - Zarina Anjoulie Sah Cerai Dengan Suami Sekali Lagi

 


Jika sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie, memaklumkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar, pada 27 Januari yang lalu. Namun begitu, mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali ‘rujuk’ selepas itu.


Namun, menurut laporan media pelakon itu sekali lagi telah memberitahu netizen melalui instagramnya sendiri bahawa dia dan suaminya sudah bercerai.


Benar Kami Sudah Bercerai


Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai. Yes betul kami dah cerai. Thank you.


Menurut Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, ramai orang bertanya mengenai status hubungannya dengan Yas. Oleh itu, dia bertindak untuk memaklumkan kepada umum bahawa hubungan di antara mereka sudah berakhir.


Terdahulu, Anju turut berkongsi kisah di mana hubungannya dengan Yas masih dalam keadaan baik walaupun kedua-dua mereka sudah bercerai. Tidak lama selepas itu, Anju telah menerima jambangan bunga daripada seseorang yang dipercayai adalah bekas suaminya, Eilyas Azhar. 



Malah, nota yang ditinggalkan dalam kad tersebut juga sangat romantis. Bukan itu sahaja, pelakon ini kembali menulis kapysen seakan memberi bayangan dia kini sedang berbahagia. Lebih menarik tumpuan, Anju mengaku bahawa mereka sudah rujuk kembali.

Berikut adalah reaksi netizen





Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada 17 Julai yang lalu dengan sekai lafaz.

Sumber: Zarina Anjoulie via OhBuIan

No comments:

Powered by Blogger.