Header Ads

(VIDEO) Wanita Ini Kecewa Suami 'Double Standard' Kasih Sayang Terhadap Anak Tiri, Sanggup Berpisah Sebagai Penyelesaian

 




Jika ingin berkahwin dan menjadi seorang pemimpin keluarga, kita tidak sekadar ikut orang saja, maksudnya disini orang kahwin kita pun nak kahwin. Tapi tanggungjawab  kita tidak tahu.


Lebih-lebih lagi jika kita memilih seorang janda yang sudah ada anak sebagai pasangan hidup kita. Kita bukan sekadar kena sayang ibu dia tetapi anak pun sama. Kalau tak boleh terima salah seorang baik jangan teruskan niat tersebut.


Seperti sebuah video yang viral di Indonesia apabila seorang wanita ini yang  memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu, namun suami barunya seolah-olah tidak gemar memberikan kasih sayang terhadap kanak-kanak tersebut.


Difahamkan, dia sebelum ini merupakan janda yang mempunyai seorang anak. Bagaimanapun, atas persuratan takdir dia dipertemukan jodoh dan berkahwin semula dengan lelaki lain dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata.


Ingat kepada semua lelaki, jangan berkahwin dengan janda yang ada anak jika tidak boleh terima anaknya dengan sebaik mungkin. Sayangi anaknya terlebih dahulu baru mencintai ibunya. Suami saya tak pernah suka terhadap anak sulung saya

Ujar wanita ini, suaminya sama sekali tidak pernah menyukai anaknya dan menerusi video tersebut dapat dilihat suaminya bertindak memarahi anaknya yang baru sahaja berusia dua tahun ketika mahu mengajak adiknya bermain. Susulan daripada itu, wanita ini berpendapat lebih baik mereka berpisah kerana tidak sanggup melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa.


Lepas anak saya dim*rahi, dia hanya terdiam. Padahal anak sebegini hanya memerlukan kasih sayang daripada seorang insan bergelar ayah. Kerana saya bukan wanita b*doh, saya lebih memilih perpisahan dari suami saya kerana bagi saya kalau dia tidak boleh menerima anak saya jangan pernah mengenali diri saya.



Sumber: Ammy Bilqis


No comments:

Powered by Blogger.