Header Ads

(VIDEO) Perlekeh Pakaian Tradisional Iban Seperti ‘Kain Buruk’ dan alas TV, Netizen ‘Sekolahkan’ Balik Ryzal Ibrahim

 


Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan dibumi bertuah Malaysia yang dikenali serata dunia dengan kepelbagaian bangsa yang hidup aman damai dan harmoni serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain.


Baru-baru ini, pasangan influencer Malaysia-Korea, Ryzal Ibrahim atau nama sebenar Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim telah menjadi perbualan hangat di media sosial dek kerana perbuatan Ryzal yang dikatakan telah ‘memperlekeh’ pakaian tradisional kaum Iban tanpa memikirkan perasaan warga Sarawak. Difahamkan, isteri Ryzal, Maryam You Narae sedang bersiap sambil memperagakan pakaian  Ngepan Indu Iban itu telah dijadikan ‘bahan jenaka’ yang berbaur negatif.

Video berdurasi hampir 1 minit yang telah dimuat naik di insta story milik Ryzal itu menggambarkan pakaian Ngepan Indu Iban itu seperti kain buruk, duit syiling, kain meja, alas television (TV) 70-an, tali pinggang pengakap serta tikar.

Meskipun nada Ryzal di dalam video tersebut hanya ingin mengusik isterinya, namun difahamkan Maryam seolah-olah tidak selesa apabila Ryzal bertindak bergurau sebegitu. Malah, Maryam berasa bangga kerana berpeluang memakai pakaian tradisi kaum Iban yang diperbuat penuh daripada hasil tangan (handmade) itu.



Perbuatan itu telah mengundang kecaman netizen yang tidak bersetuju dengannya yang dilihat seakan tidak menghormati pakaian tradisional kaum Iban.


sebagai seorang Public Figure, Ryzal perlulah lebih berhati-hati dan seharusnya membuat penyelidikan sebelum memberi kutukan terhadap budaya pakaian tradisional sesuatu kaum.  

Menerjah di ruangan Twitter, ramai dalam kalangan mereka yang membuat senarai nama dan harga dengan terperinci untuk satu set pakaian Ngepan Indu Iban yang serba lengkap bersama aksesori. Difahamkan jumlah pakaian ini boleh mencecah sehingga Rm18,000 untuk sepasang baju set penuh.


Meninjau di ruangan Instagram, ramai juga dalam kalangan selebriti tanah air yang meluahkan perasaan kecewa mereka terhadap tindakan Ryzal itu antarnya Sharnaaz Ahmad, Nana Sheme, Akhmal Nazri dan isteri, Lyssa Jean.




Bagaimanapun, Ryzal menyedari kekhilafannya itu dan cepat-cepat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua netizen melalui ignya.


Semoga selepas ini tiada lagi isu budaya sebuah kaum menjadi bahan ‘jenaka’ mana-mana individu. Sebaliknya, adalah lebih baik jika kita mempelajari dengan lebih dalam budaya-budaya kaum lain untuk menanamkan perasaan ‘cinta’ serta tanda hormat kepada mereka.


Penulis: Aqilah Paharuzi via KOOLFM

No comments:

Powered by Blogger.